NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Teruskan SPM, YB Fadina tiada belas ehsan




KUALA LUMPUR – Dewan Pemuda Pas mengecam pengumuman yang dibuat oleh Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek untuk meneruskan Ujian Bertutur Bahasa Melayu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan diteruskan seperti yang dijadualkan.

Ketua penerangannya, Khairul Nadzir Helmi Azhar berkata, keputusan tersebut dilihat tidak sensitif terhadap pelajar yang menjadi banjir di beberapa buah negeri.

“Bayangkanlah para pelajar yang terjejas akibat banjir ini perlu menjalani SPM dalam keadaan mereka yang serba kurang ini.

“Adakah mereka mempunyai masa untuk berfikir tentang SPM sedangkan rumah mereka musnah ditenggelami banjir di tambah pula dengan keadaan PPS (Pusat Pemindahan Sementara) yang tidak kondusif untuk mereka belajar?” soalnya dalam satu kenyataan.

Jelasnya, pelajar yang menjadi antara mangsa banjir sudah tentu tidak dapat membuat persiapan rapi dari segi mental dan fizikal untuk menjalani ujian tersebut.

“Bagaimana pula dengan pelajar yang berpindah tanpa membawa sebarang buku dan peralatan sekolah untuk mereka belajar serta mengulang kaji pelajaran mereka.

“Keputusan yang dibuat oleh Fadhlina ini adalah suatu keputusan yang tidak adil dan hanya akan menganiaya para pelajar calon SPM yang terjejas akibat banjir.

“Bukan sahaja mereka tidak mampu membuat persediaan yang rapi, malah persediaan mental mereka juga terjejas akibat banjir ini,” tambahnya.

Sehubungan itu, beliau menggesa supaya Fadhlina mempertimbangkan semula keputusan itu yang akhirnya memberi kesan negatif kepada pelajar dan masa depan pendidikan negara.

Fadhlina hari ini dilaporkan berkata, Kementerian Pendidikan (KPM) telah bersiap sedia melaksanakan peperiksaan yang dijadualkan berlangsung  2 hingga 5 Disember ini meskipun situasi banjir.m

Jelasnya, kementerian itu akan berpandukan Prosedur Operasi Standard (SOP) Ops Payung.

Beliau turut menegaskan, calon dibenarkan memakai pakaian bersesuaian dan alat tulis akan disediakan oleh JPN bagi calon yang tidak mempunyai kelengkapan manakala calon persendirian boleh terus hadir ke pusat alternatif bagi memastikan tiada yang tercicir.

Beliau memaklumkan setakat ini, angka calon terjejas akibat banjir melibatkan Kelantan (3,111 calon), Terengganu (1,734 calon) dan Kedah (532 calon).- MalaysiaGazette














........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo