Kumpulan peguam hak asasi manusia hari ini memberi amaran bahawa kerajaan sedang cuba menyelitkan undang-undang antiberita palsu menerusi beberapa pindaan terhadap Akta Komunikasi dan Multimedia (CMA) 1998.
Lawyers for Liberty (LFL) memberikan contoh beberapa istilah yang dimasukkan dalam pindaan itu seperti "mengelirukan" atau "tidak lengkap" dalam definisi penyalahgunaan fasiliti rangkaian seperti termaktub di bawah Seksyen 233 akta tersebut.
Menurut LFL, pindaan yang dibentang di Dewan Rakyat Isnin lalu akan menjadikan undang-undang tersebut lebih zalim, sambil mengingatkan Pakatan Harapan (PH) mengenai janjinya memansuhkan Seksyen 233(1)(a), iaitu penyalahgunaan kemudahan rangkaian, perkhidmatan rangkaian dan aplikasi bagi tujuan penyebaran kandungan yang disifatkan jelik dan "menyakitkan hati" individu lain.
"Adalah amat jelas bahawa cadangan pindaan kepada Seksyen 233 CMA adalah cubaan pintu belakang untuk memperkenalkan undang-undang 'berita palsu'," kata pengarah LFL dan peguam hak asasi, Zaid Malek.
PH sebelum ini lantang menentang Akta Antiberita Tidak Benar, yang diluluskan kerajaan bekas perdana menteri Najib Razak beberapa minggu sebelum tumbang dalam pilihan raya umum.
Setahun kemudian, kerajaan PH di bawah Dr Mahathir Mohamad memansuhkan akta tersebut, satu langkah yang disambut baik kumpulan hak asasi manusia dan pengamal media yang bimbang akta itu akan diperalatkan untuk mengharamkan sebarang kritikan terhadap kerajaan.
Zaid mengingatkan PH bahawa ahlinya memegang tiga jawatan yang mempunyai kuasa - perdana menteri, menteri dalam negeri dan menteri komunikasi - membolehkan gabungan itu dengan mudah menunaikan janji memansuhkan Seksyen 233.
"Ini adalah pengkhianatan janji PH bahawa mereka akan memansuhkan Seksyen 233," katanya.
Beliau mempersoalkan penggantian perkataan "palsu" dalam pindaan tersebut dengan meletakkan perkataan "mengelirukan", "tidak lengkap" atau "mengada-adakan perkara yang tidak wujud". Katanya ia hanya meluaskan skop kesalahan dalam akta tersebut.
"Ia akan menakutkan orang awam dan menghalang mereka daripada menyertai perbincangan berkaitan hal-hal kepentingan awam. Ia mempunyai kesan buruk terhadap kebebasan bersuara..
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment