(Intipati ucapan Tuan Guru Haji Hashim Jasin, MursyidulAm PAS di Muktamar Tahunan Dewan Ulamak PAS Pusat ke 63)
Pada bulan Januari 1964, PAS menghantar 10 orang untuk belajar ke Timur Tengah. Di antara mereka ialah almarhum Ustaz Hasan Shukri, Tuan Guru Haji Hashim sendiri dan lain-lain.
Di antara pensyarah di universiti tempat belajar itu yang bernama
Dr Husam. Beliau menyebut:
'Sejarah bukan catitan peristiwa yang berlaku. Sejarah yang sebenar ialah tafsiran kepada sejarah yang berlaku.'
Ayat ini membuatkan Tuan Guru Haji Hashim berfikir lama mengenai maksudnya. Cara beliau memahami sejarah agak berbeza dengan orang lain.
Ayat ini bermaksud penafsiran perlu dibuat kepada setiap perkara yang berlaku.
Pada 7 Oktober 2023, berlaku perang di antara regim Zionis Israel dan Palestin. Hingga sekarang perang itu masih berlaku.
Pada tahun 1967, berlaku perang negara Arab dengan negara haram Israel. Negara Arab diketuai oleh Mesir. Enam buah negara Arab lawan sebuah negara haram Israel. Sekarang perang yang berlaku ialah antara negara haram Israel dan gerakan Hamas.
Dalam perang negara Arab 1967, Arab kalah. Sementara dalam perang 7 Oktober 2023, hingga kini ia sudah setahun berlaku.
Mukabumi Gaza ini kecil. Tiada kapalterbang, tiada senjata yang hebat. Sementara negara haram Israel dibantu oleh Amerika Syarikat, Britain dan lain-lain.
Tafsirannya ialah kenapa pada tahun 1967, hanya perlukan 6 hari untuk negara Arab kalah. Sekarang sudah setahun negara haram Israel tidak menang-menang lagi.
Satu masa dahulu, satu muktamar Islam se-Dunia pernah dibuat di Beirut. PAS dijemput sebagai sebuah parti mewakili rakyat Malaysia.
Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang mengetuai delegasi PAS. Beliau juga menjadi Menteri Besar Terengganu ketika itu.
Antara acara muktamar itu ialah menziarahi Mufti Lubnan dan menziarahi pemimpin Hizbullah iaitu Syed Hasan Nasrullah. Dalam pertemuan itu, Syed Hasan menyebut: 'Kami merancang satu aktiviti bagi membentuk kekuatan Islam, iaitu berdasarkan hadis Nabi:
ŁُŁŲ“ِŁُ Ų£Ł ŲŖَŲÆَŲ§Ų¹َŁ Ų¹ŁŁŁŁ
Ų§ŁŲ£Ł
Ł
ُ Ł
Ł ŁŁِّ Ų£ُŁُŁٍ ، ŁŁ
Ų§ ŲŖَŲÆَŲ§Ų¹َŁ Ų§ŁْŲ£َŁَŁَŲ©ُ Ų„ŁŁ ŁَŲµْŲ¹َŲŖِŁŲ§ ، ŁŁŁ : ŁŲ§ Ų±Ų³ŁŁَ Ų§ŁŁŁِ ! ŁŁ
ِŁ ŁِŁَّŲ©ٍ ŁَŁْŁ
َŲ¦ِŲ°ٍ ؟ ŁŲ§Ł ŁŲ§ ، ŁŁŁŁŁŁ
ŲŗُŲ«Ų§Ų”ٌ ŁŲŗُŲ«Ų§Ų”ِ Ų§ŁŲ³َّŁْŁِ ، ŁُŲ¬ْŲ¹َŁُ Ų§ŁْŁَŁَŁُ ŁŁ ŁŁŁŲØِŁŁ
، ŁŁُŁْŲ²َŲ¹ُ Ų§ŁŲ±ُّŲ¹ْŲØُ Ł
Ł ŁŁŁŲØِ Ų¹َŲÆُŁِّŁŁ
؛ ŁِŲُŲØِّŁُŁ
ُ Ų§ŁŲÆŁŁŲ§ ŁŁَŲ±َŲ§ŁِŁَŲŖِŁُŁ
Ų§ŁŁ
ŁŲŖَ
'Hampirlah kamu dikerumuni oleh ramai manusia dari semua sudut, sebagaimana mengerumuni makanan ke bekasnya. Ada yang bertanya: 'Wahai RasulAllah! Adakah kerana jumlah kami sedikit pada waktu itu?' Jawab Baginda: 'Tidak! Tetapi kamu hanya seperti buih air banjir. Dijadikan penyakit wahan ke dalam hati kamu dan dicabut rasa gerun dari hati musuh kamu kerana kamu kasihkan dunia dan benci kepada kematian.'
Kini ada pemimpin bukan Islam tidak takut mengkritik isu sijil halal, ditambah dengan penyakit alwahnu iaitu kasihkan dunia dan takutkan mati di kalangan umat Islam.
Beliau menambah: 'Kami mencari tenaga muda yang tidak takut mati, tidak kasihkan dunia.'
Kami berkata: 'Usaha kamu ini seperti membengkokkan besi dengan menggunakan bata' iaitu perkara ini kelihatan agak mustahil.
Hasan Nasrullah mengotakan apa yang dikata. Bermula dari jumlah anggota yang kecil hingga menjadi sangat besar dalam Hizbullah, hingga ada di antara mereka yang bertanya bila lagi nak hantar kami untuk berjihad.
Kita melihat parti Hizbullah di Lubnan membantu Palestin. Yaman adalah negara miskin yang juga membantu Palestin.
Penduduk Gaza ada 2 juta orang. Mereka berperang hingga sekarang. Pejuang Palestin merekrut 3 ribu orang, dan mereka menambah lagi rekrut baharu.
Soalnya semua ini datangnya dari mana?
Mengapa dalam perang pada tahun 1967 negara Arab kalah? Perang yang berlaku bermula tahun 2023 lepas, hingga kini Palestin tidak kalah.
Kita meneliti sejarah di zaman Nabi seperti kisah Suhaib arRumi. Beliau tinggal di Mekah, berniaga di sana. Apabila Nabi berhijrah, beliau mahu berhijrah juga. Suhaib keluar dari Mekah secara sendirian. Orang Quraisy isytihar siapa boleh cari orang yang mahu hijrah, akan diberi diupah.
Suhaib sedar ada orang Quraisy yang mengikutnya. Beliau menyebut, antaranya:
ŁŲ§ Ł
Ų¹Ų“Ų± ŁŲ±ŁŲ“ ŁŁŲÆ Ų¹ŁŁ
ŲŖŁ
Ų£ŁŁ Ł
Ł Ų£Ų±Ł
Ų§ŁŁ
Ų±Ų¬ŁŲ§
'Wahai Quraisy! Kamu tahu bahawa aku ini orang yang paling hebat memanah..'
Beliau mencabar untuk berlawan. Beliau memberi amaran agar jangan mengikutnya berhijrah. Ambil hartanya. Beliau memberi pilihan antara harta atau berlawan.
Suhaib akhirnya berjaya berhijrah.
Nabi sebut mengenai Suhaib:
Ų±ŲØŲ Ų§ŁŲØŁŲ¹ Ų£ŲØŲ§ ŁŲŁŁ، Ų±ŲØŲ Ų§ŁŲØŁŲ¹
'Perniagaan yang untung wahai Abu Yahya, perniagaan yang untung .'
Inilah sebab turunnya ayat berikut:
ŁَŁ
ِŁَ Ų§ŁŁَّŲ§Ų³ِ Ł
َŁ ŁَŲ“ْŲ±ِŁ ŁَŁْŲ³َŁُ Ų§ŲØْŲŖِŲŗَŲ§Ų” Ł
َŲ±ْŲ¶َŲ§ŲŖِ Ų§ŁŁّŁِ ŁَŲ§ŁŁّŁُ Ų±َŲ¤ُŁŁٌ ŲØِŲ§ŁْŲ¹ِŲØَŲ§ŲÆِ
Maksudnya: "Dan ada di antara manusia, orang yang menjual dirinya kerana mencari keredaan Allah. Dan Allah Maha Pengasih kepada hambaNya."
Apabila ada orang yang seperti ini, maka Islam akan berkembang hebat.
Dalam peperangan antara tentera Islam dan Rom, tentera Rom ada ratus ribu orang. Namun, tentera Islam menang.
Ada seorang yang sangat miskin, juga masuk perang. Beliau tersepak satu barang yang bernilai. Beliau beri kepada panglima perang. Beliau beritahu: 'Saya harap tuan serah kepada khalifah Umar untuk masukkannya ke Baitulmal.'
Panglima tentera bertanya:
'Siapa nama kamu? Duduk di mana?'
Si miskin tadi tidak menjawab.
Panglima tentera menjawab: 'Aku tanya, sebab nanti Umar mungkin akan beri sebahagian dari harta ini kepada kamu.'
Si miskin menjawab: 'Saya datang bukan untuk itu. Tak perlu beritahu nama.'
Apabila barang diserah kepada Umar, beliau menyebut 'Alhamdulillah! Allah beri kepada kita seorang yang jujur. Dengan kejujurannya, Allah beri menang mengatasi Rom.'
Kesimpulannya, tugas Dewan Ulamak PAS ialah bagaimana nak atur dan susun aktiviti, program untuk melahirkan anggota parti yang bersifat seperti di atas.
Kita tidak tahu siapa yang membawa berkat dalam perjuangan ini.
Contoh yang kita boleh lihat ialah dalam pilihanraya. Apabila kerajaan isytihar pengundi berumur 18 tahun boleh mengundi secara automatik, kita tidak membuat banyak aktiviti untuk anak muda. Namun, kita tetap menang. Keberkatan dari siapakah ini?
Di Perlis, lama dahulu Datuk Seri Shahidan menjadi Menteri Besar. Kita bina sekolah. Sangat payah mengurus sekolah ini seperti pembayaran gaji guru dan lain-lain. Gaji itupun tidaklah besar.
Suatu hari, seorang ahli kita membawa geran tanah. Ia digadai untuk bayar gaji guru. Hasil kejujurannya, sampai sekarang sekolah tidak sukar untuk membayar gaji guru. Sekolah terus berkembang.
Justeru, peranan ulama untuk melahirkan insan-insan yang diberkati hingga layak mendapat pertolongan dari Allah.
Catatan:
Ustaz Nik Muhammad Nasri bin Nik Malek
Ketua Dewan Ulamak PAS Kemaman
Kompleks Imam Shafie, Jerantut, Pahang.
Jumaat 13 Sept 2024.
9.55 pagi.
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment