NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kesedaran pengundi bantu PN rampas kerusi DUN Mahkota



KLUANG – Perikatan Nasional (PN) Johor akui Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota mencabar namun situasi terkini akan membantunya merampas kerusi itu daripada UMNO.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal berkata, ini berdasarkan kesedaran pengundi terhadap isu semasa yang memberi kesan terhadap kehidupan mereka.

“Kedudukan Melayu dan Islam tercabar, masalah ekonomi yang semakin teruk, kemerosotan kepercayaan masyarakat terhadap PMX dan kerajaan yang tidak menunaikan janji.

“Maka dengan kesedaran pengundi di Mahkota, insya Allah PN mampu merampas Dun Mahkota,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Hari ini Ketua UMNO Bahagian Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed mendakwa, PRK DUN Mahkota akan menjadi medan terakhir Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam politik tanah air.

Mengulas lanjut, Dr Sahruddin berkata, Nur Jazlan tidak perlu menyibuk hal Bersatu dan dakwaan PRK DUN Mahkota akan menjadi medan terakhir parti itu dalam politik tanah air adalah tidak benar.

Sebaliknya kata Pengerusi Badan Pimpinan Negeri (BPN) Bersatu Johor itu, karier politik Nur Jazlan sebenarnya yang sudah berakhir sejak kalah dalam dua pilihan raya umum (PRU) sebelum ini.

Jelasnya, Bersatu walaupun kalah dalam beberapa PRK sebelum ini tetapi sokongan dan undi daripada orang Melayu semakin meningkat.

“Kami akui PRK Pulai dan Simpang Jeram kami kalah, namun undi Melayu meningkat. Walaupun kalah namun kami bangga kerana peningkatan itu,” ujarnya.

Dr Sahruddin menyifatkan kenyataan Nur Jazlan itu dibuat kerana beliau sedang berusaha bangkit dalam karier politiknya selepas gagal merampas Parlimen Pulai sejak 2018.

Beliau mempersoalkan sama ada Nur Jazlan mampu bangkit dalam keadaan hanya kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kempas milik UMNO sedangkan DUN Perling adalah milik PH.

“Adakah beliau sudah terfikir kerusi mana untuk bertanding pada PRU16 atas nama kerajaan Perpaduan? Di Johor, UMNO mempunyai 40 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), namun Parlimen hanya 10, sedangkan PH (Pakatan Harapan) mempunyai 14 parlimen.

“Pada 2020, kami berkorban demi membentuk kerajaan PN walaupun dengan majoriti hanya satu kerusi berbanding PH (28-27) selepas UMNO kalah teruk dalam PRU14 sehingga tidak dapat membentuk kerajaan negeri.

“Apa yang beliau bangga sangat sedangkan Johor bukanlah Kerajaan Perpaduan,” ujar bekas Menteri Besar Johor itu secara sinis.- MalaysiaGazette











........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo