NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Realitinya sukar untuk BN menang di PRK Nenggiri


Calon BN PRK Nenggiri Azmawi Fikri Abdul Ghani berkata beliau perlu melipatgandakan kerja supaya pengundi memilihnya sebagai wakil rakyat. (Gambar Bernama)


GUA MUSANG
Masuk hari kelima berkempen, calon Barisan Nasional (BN) PRK Nenggiri Azmawi Fikri Abdul Ghani tidak meletakkan dirinya dalam keadaan selesa untuk memenangi kerusi itu pada 17 Ogos ini.

Azmawi berkata, walaupun dikatakan dikenali penduduk Nenggiri, beliau tidak boleh terlalu yakin kerana BN menyertai PRK sebagai parti yang kalah lebih 800 undi kepada calon Perikatan Nasional (PN) pada PRN lalu.


Pada PRN lepas, (BN) kalah dengan lebih 800 undi, (jadi) saya perlu berpijak di bumi yang nyata,

 katanya ketika berkempen di Jeram Tekoh.

Saya perlu lipat-gandakan lagi kerja dalam memastikan pengundi Nenggiri memilih saya sebagai wakil rakyat.

Sejak diumumkan sebagai calon pada 18 Julai lalu, beliau sudah mengunjungi seluruh pelosok Nenggiri dan kini akan memasuki pusingan kedua menyantuni pengundi.

Kerja saya berjumpa dengan seramai mungkin pengundi,
 katanya yang mesra disapa sebagai Awie.

Azmawi bagaimanapun yakin akan mendapat sokongan pengundi muda memandangkan beliau sudah lama aktif di Nenggiri, termasuk menerusi media sosial.

Saya sebenarnya sudah aktif dalam media sosial sejak 2018 lagi, kebanyakan anak muda di sini tahu kerja saya,

 katanya.


Disebabkan di sini 61% pengundi muda, (pendedahan menerusi media sosial) cukup membantu dalam gerak kerja bagi memastikan saya peroleh undi anak muda.

PRK Nenggiri menyaksikan persaingan satu lawan satu antara Azmawi dan calon Perikatan Nasional Rizwadi Ismail.



Sumber | FMT Malaysia 

 

 





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo