NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Angka korban Gaza mungkin cecah 186,000 – The Lancet



  • Jumlah kematian di Gaza akibat serangan tentera Israel boleh mencecah 186,000 orang, lapor jurnal perubatan terkemuka The Lancet.
  • Artikel baharu jurnal itu menyatakan angka tersebut diperoleh dengan pendaraban jumlah kematian semasa dengan jumlah jangkaan kematian tidak langsung.
  • “Dengan mengaplikasikan anggaran konservatif sebanyak empat kematian tidak langsung bagi satu kematian langsung untuk 37,396 kematian dilaporkan, tidak mustahil dianggarkan sehingga 186,000 kematian atau lebih boleh dikaitkan dengan konflik semasa di Gaza.
  • “Dengan menggunakan anggaran populasi Gaza (tahun) 2022 sebanyak 2,375,259, ini diterjemahkan kepada 7.9 peratus daripada jumlah keseluruhan populasi di Jalur Gaza,” kata The Lancet.

Jumlah kematian di Gaza akibat serangan tentera Israel boleh mencecah 186,000 orang, lapor jurnal perubatan terkemuka The Lancet.

Artikel baharu jurnal itu menyatakan angka tersebut diperoleh dengan pendaraban jumlah kematian semasa dengan jumlah jangkaan kematian tidak langsung.

“Walaupun konflik itu berakhir serta-merta, kematian tidak langsung akan terus berlaku dalam beberapa bulan dan tahun akan datang disebabkan penyakit reproduktif, berjangkit dan tidak berjangkit.

“Jumlah keseluruhan kematian dijangka besar, melihat kepada intensiti konflik ini; infrastruktur penjagaan kesihatan musnah; kekurangan makanan, air, dan tempat tinggal yang teruk; ketidakmampuan penduduk untuk melarikan diri ke tempat selamat; dan hilangnya dana UNRWA, salah satu daripada beberapa organisasi kemanusiaan yang masih aktif di Gaza.

“Dalam konflik baru-baru ini, kematian tidak langsung (dilihat) di antara tiga hingga 15 kali jumlah kematian langsung. 

“Dengan mengaplikasikan anggaran konservatif sebanyak empat kematian tidak langsung bagi satu kematian langsung untuk 37,396 kematian dilaporkan, tidak mustahil dianggarkan sehingga 186,000 kematian atau lebih boleh dikaitkan dengan konflik semasa di Gaza.

“Dengan menggunakan anggaran populasi Gaza (tahun) 2022 sebanyak 2,375,259, ini diterjemahkan kepada 7.9 peratus daripada jumlah keseluruhan populasi di Jalur Gaza,” kata The Lancet.

Jurnal itu berkata jumlah 37,396 kematian di Gaza setakat 19 Jun lalu menurut Kementerian Kesihatan Gaza, berkemungkinan besar tepat (atau dianggarkan rendah) kerana disokong analisa bebas.

Ia menyatakan angka kementerian itu dipertikaikan pihak berkuasa Israel tetapi diterima dan dianggap tepat oleh perkhidmatan perisikan Israel, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). – The Merdeka Times




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo