NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

KJ dedah ketika jadi menteri, MSN terima sumbangan Sports Toto



KUALA LUMPUR – Khairy Jamaluddin Abu Bakar mendedahkan Majlis Sukan Negara (MSN) menerima sumbangan daripada syarikat judi Sports Toto.

Khairy Jamaluddin berkata, dana tersebut diterima ketika beliau menjawat jawatan Menteri Belia dan Sukan.

“Ramai yang tidak tahu sebahagian daripada peruntukan kepada Majlis Sukan Negara, saya pernah menjadi Menteri Belia dan Sukan datang daripada Sports Toto.

“Dan dalam penyata kewangan Berjaya Sports Toto ditulis di situ, tapi tak pernahlah ada majlis (rasmi) pemberian cek sumbangan. Saya tak pernah ada majlis menerima sumbangan cek daripada Sports Toto.

“Tapi memang kita terima dan itu untuk tujuan kesihatan juga untuk sukan. Majlis Sukan Negara ini melibatkan semua atlet Malaysia,” kata Khairy Jamaluddin.

Beliau membuat pendedahan tersebut dalam podcast Keluar Sekejap yang membincangkan isu pemberian sumbangan syarikat arak kepada sekolah jenis kebangsaan Cina baru-baru ini.

Sementara itu, Khairy Jamaluddin berkata, sebagai bekas Menteri Kesihatan, beliau bersetuju tidak boleh diadakan secara nyata promosi yang melibatkan syarikat arak, judi dan rokok di sekolah.

Ini kerana ia bukan sahaja kerana ia melibatkan isu kesihatan kanak-kanak dan pelajar tetapi juga masyarakat umum.

Bagaimanapun sebagai bekas ahli Parlimen, beliau menyedari kesulitan yang dialami sekolah bantuan modal yang tidak  mendapat peruntukan daripada kerajaan untuk membina fasiliti seperti dewan.

“Saya ketika berada di kawasan ada banyak sekolah bantuan modal datang dan saya beri sumbangan sebagai ahli Parlimen sebab saya tahu nak bergantung kepada peruntukan kerajaan memang mereka tidak akan dapat seperti sekolah bantuan penuh.

“…Maksudnya untuk tujuan membina dewan ini takkan dapat duit daripada kerajaan kena dapatkan duit daripada orang ramai.

“Sekolah ini tak ada pilihan. Salah satu hujah balas DAP dan pejuang pendidikan Cina, kalau kamu tak beri peruntukan untuk kita bina dewan kenapa nak halang cari duit daripada mana-mana sumber,” kata Khairy Jamaluddin.

Bagaimanapun bekas Ahli Parlimen Rembau itu menggesa kerajaan supaya memberikan penjelasan garis panduan mengenai sumbangan syarikat arak, rokok dan judi kepada sekolah

“Dia (isu) akan timbul sekiranya tak ada penjelasan tentang garis panduan. Adakah semua sumbangan tidak dibenarkan hasil daripada kegiataan aktiviti perniagaan seperti penjualan arak, rokok ataupun tidak dibenarkan untuk dipamerkan. Ini telah menyebabkan pertikaian, perang mulut.

“Menteri memang teguh dengan pendirian, saya ucapkan tahniah kepada YB Fadhlina Sidek kerana itu memang garis panduan dan dia pertahankan.

“Cuma sekarang ini ada pertikaian dengan garis panduan itu sebenarnya bermaksud apa. Sama ada ia menghalang secara total atau ia cuma menghalang sumbangan itu diuar-uarkan atau dipamerkan,” soal Khairy Jamaluddin.

Jemaah Menteri sebelum ini bersetuju mengekalkan garis panduan sedia ada yang antara lain menggariskan aktiviti sumbangan dana kepada sekolah tidak boleh memapar dan mempromosi minuman keras di dalam premis sekolah.

Kementerian Pendidikan memaklumkan perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Jemaah Menteri.

Pada masa sama, katanya mesyuarat Jemaah Menteri juga mengambil pendirian untuk memberi pertimbangan kepada sekolah vernakular menerima sumbangan dana melalui Lembaga Pengelola Sekolah dan yayasan.-MalaysiaGazette












........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

Kerajaan terpaling reformasi bisu lihat pelanggaran moral – Fadhli



KUALA LUMPUR – Padanlah orang kata, kerajaan ini paling tak guna dalam sejarah Malaysia.

Itu dakwaan Ketua Penerangan Pas, Fadhli Shaari yang menyindir pemimpin kerajaan Pusat yang ‘menabur’ janji di Nenggiri.

“Di Pilihan Raya Negeri (PRN) Terengganu diumum peruntukan untuk persatuan belia. Di PRK (Pilihan Raya Kecl) Kemaman, dikatakan BN (Barisan Nasional) bakal jadi ‘jambatan’ ke federal.

“Di PRK Sungai Bakap, dua projek besar diumum segera jika PH (Pakatan Harapan) menang.

“Semuanya rakyat tolak. Tetapi kerajaan terpaling reformasi senyap membisu melihat sahaja pelanggaran moral seperti ini,” ujar Ahli Parlimen Pasir Mas itu.

Dalam hantaran sama, Fadhli turut menyertakan keratan media kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkenaan rancangan pembangunan Nenggiri terutama di Kawasan Orang Asli. – MalaysiaGazette









........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

Jika MP Bangi masih pembangkang, dia kecam lesen media sosial – KJ



KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yakin sekiranya ahli Parlimen kerajaan sekarang masih dalam kedudukan pembangkang – kumpulan itu akan membantah lesen kepada perkhidmatan media sosial dan pesanan internet.

Salah seorangnya termasuk Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Johan yang akan mendakwa tindakan kerajaan mengenakan lesen berkenaan sebagai trojan horse bagi menyekat perbincangan politik.

“Saya yakin kalau peranan ini ditukar, katakanlah BN masih berkuasa dan BN buat perkara ini, saya yakin 101 peratus ahli Parlimen yang ada sekarang, kalau peranan ditukar – mereka pembangkang, aktivis media sosial macam Ahli Parlimen Bangi, confirm dia akan kecam benda ini.

“Akan kata, ini usaha untuk menutup kebebasan bersuara tapi hari ini sudah tentu dia menjadi cheerleader macam di sekolah tinggi Amerika, dia adalah wanita yang berdiri paling atas piramid, menyokong,” katanya.

Bagaimanapun bekas Ahli Parlimen Rembau itu menyokong tindakan kerajaan mengenakan lesen terhadap perkhidmatan media sosial dan pesanan internet kerana platform terbabit terlalu bebas dan tidak terkawal.

Namun terdapat kerisauan tindakan berkenaan juga akan menutup ruang kritikan terhadap kerajaan dan perbincangan politik.

“Saya katakan ini kerana sejak beberapa hari ini ada beberapa akaun dipadam di X yang mana ia dikenali sebagai suka mengkritik kerajaan.

“Ada beberapa hantaran termasuk Menteri Besar Terengganu, Datuk Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar yang telah diturunkan di TikTok. Hantaran saya juga telah diturunkan. Saya tak menyebarkan berita palsu, hanya beri pandangan berkenaan Malaysia Airports Holding Berhad.

“Bila berita ini (lesen) keluar, pada masa sama ada kes akaun ditutup, X kata mereka telah menerima aduan daripada MCMC melanggar syarat-syarat X sebab itu perlu digantung, maka di situ ada tanya, selain daripada niat murni adakah teras kedua adalah penutupan ruang perbincangan politik dan kritikan yang adil,” katanya.

Khairy Jamaluddin berkata demikian dalam podcast Keluar Sekejap yang dikendalikan bersama Shahril Hamdan.

Semua perkhidmatan media sosial dan pesanan internet yang ketika ini mempunyai sekurang-kurangnya lapan juta pengguna berdaftar di negara ini perlu memohon Lesen Kelas Pemberian Perkhidmatan Aplikasi di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588).

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dalam kenyataan memaklumkan langkah itu akan dikuat kuasa bermula 1 Januari 2025, susulan kerangka kawal selia baharu ke atas perkhidmatan media sosial dan perkhidmatan pesanan internet diperkenal bermula 1 Ogos ini.

MCMC berkata, penguatkuasaan ini selaras keputusan Jemaah Menteri bahawa perkhidmatan media sosial dan perkhidmatan pesanan Internet di negara ini, mesti mematuhi undang-undang negara.-MalaysiaGazette









........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

Mesyuarat MKT UMNO: Puad bangkit isu ketidakadilan terhadap Najib



KUALA LUMPUR – Isu ketidakadilan terhadap bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan dibangkitkan dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, malam ini.

Ahli MKT, Datuk Puad Zarkashi berkata, beliau akan terus membangkitkan isu itu selagi Najib tidak mendapat pembelaan yang sepatutnya.

“Malam ini mesyuarat MKT. Saya akan terus membangkitkan isu kezaliman terhadap Bossku yang berterusan gagal mendapat perbicaraan adil dalam semua kes yang dihadapinya,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini. 

Terbaharu, Najib dihadapkan ke mahkamah atas tiga pertuduhan baharu berkaitan pengubahan wang haram dari dana syarikat SRC International Sdn. Bhd. berjumlah RM27 juta yang dihadapinya.

Kes-kes lain yang dihadapi Najib ketika ini ialah kes saman sivil oleh SRC International yang menuntut ganti rugi AS$1.18 bilion yang akan menyambung perbicaraannya pada 15 Ogos ini dan kes penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dijadualkan untuk pendengaran hujahan di akhir kes pendakwaan selama empat hari bermula 19 Ogos ini.

Dalam perkembangan lain, Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Zahida Zarik Khan berkata mesyuarat MKT malam ini akan membincangkan dua isu.

Katanya, antara isu yang akan dibincangkan adalah mengenai persiapan UMNO mengenai Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, Kelantan 17 Ogos depan. 

“Banyak agenda yang dibincangkan antaranya PRK Nenggiri dan persiapan Perhimpunan Agong Umno yang akan tiba tidak lama lagi,” kata Zahida di Facebook beliau. 

UMNO menamakan Ketua Penerangan Umno Kelantan Zawawi Othman sebagai calon menentang bekas ahli Pas Mohd Rizwadi Ismail. 

PRK Nenggiri diadakan selepas DUN Kelantan pada 19 Jun lalu mengisytiharkan kerusi itu kosong selepas dimaklumkan Azizi bukan lagi ahli Bersatu.

Keahlian Azizi yang juga Ahli Parlimen Gua Musang dihentikan selepas dia gagal mengisytiharkan kesetiaannya kepada parti dan menunjukkan sokongan kepada Anwar selaku perdana menteri.

Pada PRN tahun lalu, Azizi menewaskan Ab Aziz Yusoff daripada Umno, bekas Adun kawasan itu dalam persaingan satu lawan satu dengan majoriti 810 undi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari penamaan calon pada 3 Ogos dan undi awal 13 Ogos. – MalaysiaGazette









........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

Pembunuhan Ismail Haniyeh: Malaysia perlu bentuk referendum desak tindakan tegas terhadap Israel



KUALA LUMPUR - Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu membentuk referendum bagi mendesak dunia mengenakan tindakan tegas terhadap Israel atas pembunuhan kejam yang dilakukan terhadap Ismail Haniyeh

Setiausaha Perikatan Nasional (PN) Wilayah Persekutuan, Mahathir Md Rais berkata, referendum yang dibentuk itu perlu melibatkan pemimpin dan rakyat negara Islam dunia.

“Kesepakatan di antara rakyat pelbagai bangsa tanpa mengira ideologi politik perlu menyokong usaha ini bagi membela kematian pemimpin Hamas itu dan seterusnya menamatkan penaklukan haram Israel ke atas Palestin.

“Ismail Haniyeh, seorang pemimpin yang telah lama memperjuangkan hak rakyat Palestin. Beliau bukan sahaja telah menjadi suara bagi mereka yang tidak didengari, tetapi juga telah berusaha untuk meningkatkan kehidupan dan kesejahteraan rakyatnya di tengah-tengah konflik dan tekanan yang berterusan,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Jelasnya, kepemimpinan dan dedikasi Ismail akan terus diingati dan menjadi inspirasi bagi generasi yang akan datang.

“Pemergian beliau adalah kehilangan besar bagi rakyat Palestin dan menandai satu bab suram dalam perjuangan mereka untuk kemerdekaan dan kedaulatan.

“Kita berdoa agar rohnya dicucuri rahmat dan keluarganya diberi kekuatan dalam menghadapi masa yang mencabar ini,” katanya.

Mahathir berkata, perdana menteri perlu berterusan memberikan isyarat jelas bahawa tindakan tidak berperikemanusiaan seperti ini tidak dapat diterima dan tidak memberikan sebarang manfaat malah boleh membawa mudarat.

“Sebagai negara Islam, tindakan Israel sudah melampui batas kemanusiaan selepas rakyat palestin di serang tanpa belas kasihan, kini rejim itu beralih menyerang pimpinan Hamas yang dianggap mendatangkan ancaman kepada mereka,” katanya.



Sumber | Sinar Harian













........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

Pembunuhan Ismail Haniyeh: PN gesa kerajaan percepat Mesyuarat Khas Dewan Rakyat



SHAH ALAM - Perikatan Nasional (PN) menyeru Kerajaan Malaysia untuk segera memanggil Mesyuarat Khas Dewan Rakyat bagi mengambil ketetapan tegas negara dalam konflik membabitkan nyawa dan masa hadapan Palestin.

Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, perkara itu perlu dilaksanakan susulan kematian pemimpin tertinggi yang juga Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh.

"Saya merasa amat terkejut dan sedih apabila menerima berita pembunuhan kejam mujahid Islam, Allahyarham Ismail Haniyeh, pemimpin Hamas yang juga merupakan bekas Perdana Menteri Palestin.

"Perlakuan ini adalah satu jenayah tidak berperikemanusiaan, terkutuk lagi terkeji yang wajib dikecam sekeras mungkin. PN akan terus berdiri teguh bersama-sama rakyat Palestin dalam perjuangan membebaskan tanah air mereka daripada cengkaman rejim Zionis Israel," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Rabu.

Terdahulu, media antarabangsa melaporkan Haniyeh, 62, terbunuh dalam 'serangan khianat Zionis ke atas kediamannya di Teheran'.

Menurut Muhyiddin, serangan kediaman Allahyarham Ismail Haniyeh juga merupakan tindakan bacul rejim Zionis Israel dalam siri genosid ke atas rakyat Palestin.

"Seluruh keluarga besar pimpinan, penyokong dan akar umbi PN mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama para syuhada serta orang-orang yang soleh.

"PN mengucapkan takziah kepada ahli keluarga Allahyarham dan seluruh rakyat Palestin atas kehilangan pemimpin mereka yang syahid di jalan ALLAH," katanya.

Ismail Haniyeh berada di Teheran untuk menghadiri majlis angkat sumpah Presiden Iran, Masoud Pezeshkian.

Kedua-dua pemimpin itu bergambar bersama dalam gambar rasmi yang dikeluarkan oleh Presiden Iran pada Selasa.

Setakat ini, tiada pihak yang mengaku bertanggungjawab dalam serangan tersebut.



Sumber | Sinar Harian











........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

Ismail Haniyeh akan dikebumi di Qatar



ANKARA - Ketua Biro Politik Hamas Ismail Haniyeh yang maut dalam satu serangan udara hari ini akan dikebumikan di Qatar, lapor Agensi Anadolu berdasarkan sumber yang berkaitan dengan pergerakan perjuangan Palestin pada Rabu.

Perbincangan antara pegawai Hamas dan Iran mengenai pengebumian Haniyeh yang dirancang diadakan di Tehran sedang berlangsung dan beliau akan dikebumikan di ibu negara Qatar, Doha, menurut sumber yang memberitahu Anadolu dengan syarat identitinya tidak didedahkan.

Setakat ini Iran, Hamas, dan Qatar masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai tempat persemadian akhir Haniyeh.

Terdahulu, media Iran melaporkan bahawa Haniyeh dibunuh dalam serangan udara yang menyasarkan tempat penginapannya di utara Tehran sekitar jam 2 pagi waktu tempatan.

Serangan itu dilaporkan berlaku di rumah tamu untuk veteran perang yang diuruskan oleh Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC).

Haniyeh berada di Teheran untuk majlis angkat sumpah presiden baharu Iran.

Hamas juga mengeluarkan kenyataan di mana ia berikrar untuk membalas dendam atas pembunuhan ketua mereka yang dikatakan dibunuh di Teheran dalam serangan "khianat Zionis."

Secara berasingan, Anadolu melaporkan bahawa Kerajaan Iran telah mengisytiharkan tiga hari berkabung di seluruh negara dari Rabu hingga Jumaat atas kematian Haniyeh.

Dalam kenyataan rasmi yang dikeluarkan pada Rabu, kerajaan baharu Iran yang dipimpin oleh Presiden Masoud Pezeshkian berkata pembunuhan pemimpin Hamas itu telah "membawa kesedihan kepada umat Islam, para penyokong pergerakan perjuangan dan semua orang yang merdeka di dunia."

Pembunuhan itu "menambah satu lagi halaman kepada rekod jenayah memalukan oleh entiti Zionis,” kata kenyataan itu, merujuk kepada Israel.

Iran menyalahkan Israel atas pembunuhan itu, tetapi Tel Aviv masih tidak mengesahkan atau menafikan penglibatannya.

"Kerajaan Republik Islam Iran mengecam tindakan kejam ini yang dilakukan dengan tujuan tertentu pada permulaan tugas Kerajaan Perpaduan Nasional, melanggar semua prinsip kemanusiaan dan undang-undang antarabangsa, dan menyasarkan seorang tetamu rasmi dan diplomatik Republik Islam Iran yang menghadiri majlis pelantikan presiden,” kata kenyataan itu.

”Kerajaan Iran menyeru semua "kerajaan yang bebas dan individu yang terhormat serta berfikiran bebas” untuk "berhadapan kumpulan penjenayah yang memerintah wilayah yang diduduki.”

Haniyeh telah dipilih semula sebagai Ketua Biro Politik Hamas pada 2021 untuk penggal kedua berturut-turut yang dijadualkan berakhir pada 2025. - Bernama










........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

Olimpik Paris: Zii Jia mara ke pusingan kalah mati

Zii Jia mengungguli Kumpulan G selepas menewaskan pemain Sepanyol di Paris pada Rabu.


PEMAIN badminton negara, Lee Zii Jia menepati ramalan apabila mudah mara ke pusingan kalah mati perseorangan lelaki Sukan Olimpik 2024 di Paris sebentar tadi.

Kejayaan tersebut diraih selepas juara Terbuka Thailand itu membenam cabaran pemain berusia 39 tahun, Pablo Abian di Porte de la Chapelle Arena.

Zii Jia yang berstatus ketujuh dunia tenang memulakan momentum positif mengatasi lawan 21-10 pada set pertama.

Memasuki set kedua Abian yang berada di kedudukan ke-63 dunia cuba memberi tentangan sengit, namun segera dipintas Zii Jia untuk mengesahkan kemenangan 21-13 dalam aksi selama 34 minit.

Menerusi kemenangan itu membolehkan Zii Jia mengungguli Kumpulan G selepas menewaskan Viren Nettasinghe dari Sri Lanka pada aksi pertama Ahad lepas.

Berdasarkan format pertandingan, juara kumpulan dalam acara perseorangan layak meraih tiket ke saingan 16 terbaik.

Pada pusingan kalah mati Zii Jia bakal berdepan juara Kumpulan H sama ada Anthony Sinisuka Ginting dari Indonesia atau pemain tuan rumah, Toma Junior Popov.




Sumber | Sinar Harian








........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

Putuskan hubungan politik, ekonomi dengan ‘pariah state’ Israel – PEJUANG

Foto: Ketua Penerangan Parti Pejuang Tanahair (PEJUANG), Rafique Rashid.


  • Parti Pejuang Tanahair (PEJUANG) menggesa semua pemimpin dunia memutuskan hubungan diplomatik dan ekonomi dengan rejim zionis Israel serta-merta ekoran kematian pemimpin tertinggi kumpulan pejuang Palestin, Ismail Haniyeh yang didakwa dibunuh rejim Israel di Tehran.
  • Ketua Penerangannya, Rafique Rashid berkata rejim zionis Israel perlu dilabel sebagai ‘pariah state’ susulan tanpa belas kasihan berterusan membunuh dan melakukan jenayah perang serta genosid terhadap rakyat Palestin yang hanya menginginkan kebebasan dan kemerdekaan tanah air mereka.
  • Ketika ini sebarang persidangan, perbincangan atau perundingan tidak lagi relevan, malah penyelesaian dua negara atau ‘two state solution’ juga bukan penyelesaian dalam perkara itu.
  • “Perbuatan terkutuk dan hina ini mesti dilawan sekeras-kerasnya oleh masyarakat dunia. Rejim zionis Israel yang bertanggungjawab mesti dibawa ke muka pengadilan,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini hari ini.

KUALA LUMPUR — Parti Pejuang Tanahair (PEJUANG) menggesa semua pemimpin dunia memutuskan hubungan diplomatik dan ekonomi dengan rejim zionis Israel serta-merta ekoran kematian pemimpin tertinggi kumpulan pejuang Palestin, Ismail Haniyeh yang didakwa dibunuh rejim Israel di Tehran.

Ketua Penerangannya, Rafique Rashid berkata rejim zionis Israel perlu dilabel sebagai ‘pariah state’ susulan tanpa belas kasihan berterusan membunuh dan melakukan jenayah perang serta genosid terhadap rakyat Palestin yang hanya menginginkan kebebasan dan kemerdekaan tanah air mereka.

Rafique berkata ketika ini sebarang persidangan, perbincangan atau perundingan tidak lagi relevan, malah penyelesaian dua negara atau ‘two state solution’ juga bukan penyelesaian dalam perkara itu.

“PEJUANG mengutuk pembunuhan Ismail Haniyeh di Tehran, Iran hari ini.

“Perbuatan terkutuk dan hina ini mesti dilawan sekeras-kerasnya oleh masyarakat dunia. Rejim zionis Israel yang bertanggungjawab mesti dibawa ke muka pengadilan.

“PEJUANG menggesa agar pemimpin-pemimpin dunia memutuskan hubungan diplomatik dan ekonomi dengan Israel serta-merta. Israel mesti dilabel sebagai pariah state!,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini hari ini.

Terdahulu, Haniyeh dilaporkan terbunuh di Tehran pada Selasa ketika menghadiri upacara pelantikan presiden baharu Iran, demikian menurut Pengawal Revolusi Iran.

The New York Times memetik kenyataan Pengawal Revolusi Iran mengatakan Haniyeh dan seorang pengawal keselamatannya disasarkan di tempat kediaman mereka. 

Bagaimanapun, tiada komen segera daripada rejim zionis Israel mengenai serangan dilaporkan itu.

Mengulas pemergian Haniyeh, Rafique berkata dunia telah kehilangan seorang insan hebat, pemimpin pembebasan Palestin yang ulung dan amat merendah diri serta disenangi sesiapa sahaja yang menemui Ketua Biro Politik Hamas itu.

“Moga peristiwa pembunuhan Ismail Haniyeh menyemarakkan lagi semangat perjuangan pembebasan Palestin dan Masjid Al-Aqsa dari tangan rakus zionis Israel.

“Pejuang memanggil kesemua ahli-ahlinya serta rakyat Malaysia keseluruhannya untuk menyahut seruan solidariti dengan mana-mana pihak yang menganjurkan mana-mana perhimpunan atau acara protes besar-besaran terhadap Israel dan sekutunya Amerika akibat tindakan terkutuk ini,” katanya. – The Merdeka Times







........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

© all rights reserved
made with by templateszoo