NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Subsidi diesel RM200 bagi setiap individu, bukan kenderaan



PUTRAJAYA - Subsidi diesel sebanyak RM200 sebulan hanya akan diberikan buat individu berkelayakan dan bukan bergantung kepada jumlah kenderaan yang dimiliki.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, pemberian secara tunai itu terpakai buat individu meskipun masih mempunyai beberapa kenderaan berdiesel yang lain.

Bagaimanapun menurut beliau, pemohon yang mendaftar melalui syarikat layak untuk memohon bantuan menerusi mekanisme Sistem Kawalan Diesel Subsidi 2.0 (SKDS 2.0).

“Selalunya kalau ada banyak jenis kenderaan, mereka perlu memohon ‘Fleet Card’ untuk mendapat diesel bersubsidi.

“Di bawah SKDS 2.0 penyasaran subsidi diperluaskan kepada 23 jenis kenderaan diesel termasuk yang mengangkut hasil pertanian, buah-buahan dan sayur-sayuran,” katanya ketika sidang media di Kementerian Kewangan (MOF), di sini pada Ahad.

Sebelum ini, MOF membuka permohonan bantuan subsidi tunai di bawah inisiatif Budi Madani sebagai langkah memastikan peruntukan terbabit disasarkan kepada pemohon yang layak dan mengurangkan beban golongan memerlukan.

Kedua-dua mekanisme penyasaran subsidi diesel iaitu SKDS 1.0 dan SKDS 2.0 terletak di bawah seliaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN).

SKDS 1.0 khusus untuk pengangkutan awam, bas sekolah, bas henti-henti, bas ekspres, ambulan, bomba, van jenazah manakala SKDS 2.0 bagi pengangkutan logistik terutamanya barangan keperluan harian.

Amir Hamzah memaklumkan, berdasarkan data daripada Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), seramai 80 peratus pemilik kenderaan persendiriaan yang menggunakan diesel layak menerima RM200 bantuan berkenaan.

“RM200 ini dapat menampung jarak perjalanan anggaran 75 hingga 100 kilometer (KM), saya rasa ia cukup.

“Jika ada apa-apa isu (bantuan tunai tak mencukupi) boleh buat rayuan tapi kita kena tengok daripada segi kemampuan (kerajaan) dan kesahihan permohonan yang dibuat,” ujarnya.

Beliau turut menambah, mana-mana individu daripada kalangan petani atau golongan kurang mahir melakukan permohonan secara dalam talian, boleh hubungi pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk pertanyaan lanjut.

“Kalau betul-betul tak mahir mohon di laman sesawang Budi Madani, pegawai akan tolong sehingga permohonan bantuan subsidi diesel berjaya,” jelasnya.


Sumber | Sinar Harian









........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo