NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Selesai dulu isu air Kedah, Saifuddin gesa Sanusi

Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail meminta Menteri Besar Kedah Sanusi Md Nor agar bekerjasama dengan kerajaan persekutuan untuk menyelesaikan masalah air di negeri itu.


BANDAR BAHARU: Menteri Besar Kedah Sanusi Md Nor diminta bekerjasama dengan kerajaan persekutuan untuk menyelesaikan masalah bekalan air di negeri itu terlebih dahulu sebelum berhasrat membantu Pulau Pinang.

Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail berkata, kerajaan Kedah perlu mengutamakan masalah air di negeri itu, manakala isu sama di Pulau Pinang perlu diserahkan kepada pemimpin negeri berkenaan untuk menyelesaikannya.

“Jadi saya ingat begini untuk MB (menteri besar Kedah), (isu bekalan) air di Sungai Bakap itu, biar Pulau Pinang urus, jaga Kedah dulu. Saya akan bekerjasama dengan MB, bantu MB. MB pun kena bantu kita.

“Kita selesai masalah (air) Kedah dulu. Yang sana (di Sungai Bakap), biar Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow buat,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Program Jiwa Komuniti Madani Peringkat Parlimen Kulim/Bandar Baharu.

Sanusi sebelum ini pada ceramah sempena PRK Sungai Bakap menawarkan Pulau Pinang untuk membeli lebihan air daripada Kedah selepas Loji Rawatan Air (LRA) Lubuk Buntar disiapkan.

Mengulas lanjut, Saifuddin yang juga pengerusi Majlis Tindakan Pembangunan Negeri Kedah berkata, terdapat beberapa kawasan di Kedah, termasuk Merbok, Sungai Petani dan Bandar Baharu, turut menghadapi masalah air disebabkan tekanan rendah dan bekalan sering terputus.

Menurutnya, lima projek membina dan menaik taraf LRA di Kedah sedang dilaksanakan bagi mengatasi masalah itu termasuk di Lubuk Buntar, membabitkan peruntukan RM60 juta.

“Apabila siap nanti, (LRA Lubuk Buntar) akan membekalkan 32 juta liter air sehari untuk Kedah,” katanya.


Sumber | FMT Malaysia 






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo