NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

'Sampai bila keadaan begini perlu kami hadap'

Keadaan kediaman Nornikman selepas banjir Sabtu lalu. Gambar kecil: Siti Saniah, Nornikman, dan Khairuddin



KUALA PILAH - “Kami sudah letih bersihkan rumah setiap kali selepas banjir."

Itu antara luahan penduduk Rumah Rakyat Kuala Johol di sini selepas kediaman mereka dinaiki air dengan ketinggian 0.5 hingga 0.7 meter dalam kejadian hujan lebat pada Sabtu lalu.

Penduduk, Siti Saniah Salleh, 45, berkata, banjir terburuk berlaku pada tahun 2022 selepas lebih 10 tahun tinggal di perumahan berkenaan.

"Ketika itu air naik setinggi dua meter, habis perabot dan barangan elektrik. Sabtu lepas pula air naik cecah 0.7 meter, ketika itu jam 3 petang hujan tidak henti-henti menyebabkan air naik begitu cepat.

"Letih sudah kami mengemas rumah, entah sampai bilalah keadaan begini perlu kami hadap.Jika rumah sewa sudah lama kami berpindah," katanya ketika ditemui pemberita pada Isnin.

Seorang lagi penduduk, Nazariah Mohamed Zain, 61, berkata, keadiamannya baru sahaja dibersihkan dibantu anak-anak jirannya.

"Teruk jugalah keadaan rumah, baju-baju habis basah, kalau kemas sendiri tidaklah secepat ini," katanya.

Dalam pada itu, Nornikman Ramli, 40, berharap pihak bertanggungjawab dapat menyegerakan projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Jelai seperti yang maklum sebelum ini supaya penduduk tidak perlu lagi bimbang mengharungi banjir.

"Saya terpaksa bina tembok penahan banjir, tetapi ia tidak membantu juga sebab air bah tetap masuk susulan terlalu banyak limpahan air dari sungai berhampiran," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kuala Johol, Khairuddin Khalid berkata, secara keseluruhannya dalam kejadian terbaru itu, 18 rumah terjejas akibat banjir kilat membabitkan perkampungan tradisional serta kampung Orang Asli.

"Banjir ini mula kerap sejak tahun 2021, namun pada tahun lalu tiada banjir direkodkan di sini selain pihak bertanggungjawab sudah membina bentang kira-kira 200 meter bersebelahan sungai.

"Namun, aliran air yang terlalu banyak ketika hujan menyebabkan kawasan ini banjir kembali. Kita harap agar projek RTB di sini yang kini dalam proses sebut harga dapat siap segera bagi mengelak kejadian ini berulang dalam masa terdekat," katanya.



Sumber | Sinar Harian 










........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo