NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Hukum Boikot : Kekeliruan Khutbah Jabatan Agama Islam Perak

HUKUM B0!K0T: KEKELIRUAN KHUTBAH JABATAN AGAMA ISLAM  PERAK

Saya merujuk kepada khutbah yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Perak (JAIPK) bertarkh 24 Mei 2024. Setelah meneliti isi kandungan khutbah tersebut, saya dapati terlalu banyak kekeliruan hujah yang dikemukakan terutamanya apabila menyifatkan bŏikŏt sesuatu kaum tidak selari dengan Sunnah Rasulullah S.A.W. Khutbah ini lebih bersifat ‘anti bŏikŏt’ secara umum tanpa perincian siapa yang dibŏikŏt dan kenapa dibŏikŏt. Tanpa perincian ini, haram dalam fatwa khutbah tersebut dilihat bersifat umum sehingga boleh dilihat merangkumi gerakan bŏikŏt syarikat-syarikat yang ada kaitan dengan Zi0n1s yang mengzalimi umat Islam di Pal3st!n dan bŏikŏt terhadap pihak yang dilihat ‘menghina Islam’ dalam Masyarakat umat Islam.  

Hujah seperti kesan negatif kepada orang Islam hilang pekerjaan, perniagaan rugi dan seumpamanya, semua hujah-hujah ini telah dijawab oleh ulama-ulama muktabar yang menyokong bŏikŏt ke atas produk-produk yang ada hubungan dengan I$ra3l-USA dan pihak yang menghina Islam. Jadi yang ini saya tak perlu ulas Panjang di samping ramai yang telah menjawab hujah-hujah ini. Adapun hujah Hadith Thumamah, ia sebenarnya adalah hujah mengharuskan bŏikŏt, bukan hujah mengharamkan sebagaimana ulasan khutbah JAIPK. Ini pertama kali saya dengar anti bŏikŏt menggunakan hujah hadis ini. Saya akan ulas dahulu pendapat ulama muktabar kontemporari berkaitan hukum bŏikŏt kemudian saya akan ulas hujah JAIPK menggunakan hadis ini adalah hujah yang salah.  

Sebelum saya kongsikan pendapat  ulama, perlu saya di”sclaimer”kan dahulu bahawa bŏikŏt yang dilancarkan oleh Gerakan Bŏikŏt Untuk Pal3st!n bukan bermaksud bŏikŏt semua non-muslim, bukan bŏikŏt cina, india, melayu, bukan bermaksud bŏikŏt tanpa ada garis panduan sebagaimana cuba diekploitasi imej bŏikŏt oleh sesetengah pihak. Tetapi bŏikŏt yang dilancarkan ialah bŏikŏt bagi melemahkan Isra3l yang mengzalimi umat Islam di Pal3st!n serta bŏikŏt mereka-mereka yang menghina Islam. 

Pendapat ulama dan organisasi fatwa kontemporari dalam isu ini boleh dibahagikan kepada dua, pendapat pertama mengharuskan bŏikŏt dengan garis panduan tertentu seperti Dr. Abdul Rahman Saadi, Al-Albaani, Dr. Abdul Rahman Jibrin, Dr Yusof Alqardhawi dan lain-lain. 

Pendapat kedua juga mengharuskan bŏikŏt dan berpendapat ia terdapat dalam syariat tetapi mestilah mendapat persetujuan daripada kerajaan. Pendapat ini adalah pendapat ulama-ulama Saudi seperti keputusan Majlis Fatwa Saudi, Syeikh Solah bin Fawzan El-Fawza yang juga seorang ulama Saudi dan beberapa individu lain. Pendapat kedua ini dijawab Panjang lebar oleh oleh Dr. Abidin Abdullah Es-Saadun di dalam thesis Masternya bertajuk Ų§Ł„Ł…Ł‚Ų§Ų·Ų¹Ų© Ų§Ł„Ų§Ł‚ŲŖŲµŲ§ŲÆŁŠŲ© ŲŖŲ£ŲµŁŠŁ„Ł‡Ų§ Ų§Ł„Ų“Ų±Ų¹ŁŠ ŁˆŲ§Ł‚Ų¹Ł‡Ų§ Ų§Ł„Ł…Ų£Ł…ŁˆŁ„ Ł„Ł‡Ų§ oleh Dr. Abidin Abdullah Es-Saadun. Sebenarnya tidak ditemui pendapat yang mengharamkan atau menyifatkan bŏikŏt bercangah dengan sunnah melainkan golongan bukan qualified shariah. Dalam kajian syariah, pendapat yang tiada hujah nas atau menggunakan nas pada tempat yang salah tidak boleh dikategorikan pendapat kedua, berbeza dengan agama lain di mana pendapat ulama mereka (pendeta dan paderi) akan dianggap pendapat kedua sekalipun tiada hujah daripada kitab-kitab mereka. 
 
Di sana juga terdapat banyak buku yang mempunyai hujah yang kuat dan selari dengan kaedah instinbat seperti tesis MA Dr Abidin di atas yang disokong oleh Dr Husin Syahatah, pakar ekonomi Islam terkenal di Universiti Al-Azhar, Tesis Dr Khalid Syamrani bertajuk “Ų§Ł„Ł…Ł‚Ų§Ų·Ų¹Ų© Ų§Ł„Ų§Ł‚ŲŖŲµŲ§ŲÆŁŠŲ© Ų­Ł‚ŁŠŁ‚ŲŖŁ‡Ų§ ŁˆŲ­ŁƒŁ…Ł‡Ų§ -ŲÆŲ±Ų§Ų³Ų© ŁŁ‚Ł‡ŁŠŲ© ŲŖŲ£ŲµŁŠŁ„ŁŠŲ©, pelbagai tulisan dan artikel ilmiah seperti artikel-artikel Prof Dr Husein Syahatah dan lain-lain. 

Antara organisasi terkemuka dan berauthoriti berkaitan fatwa ialah Kesatuan Ulama Islam sedunia yang diasaskan oleh Al-Marhum Prof Dr Yusof Al-Qardhawi, Majlis Ulama Pal3st!n (beribu pejabat di Turki) dan lain-lain. Walaupun di sana ada golongan ulama rasmi di dalam “Kerajaan yang pro-Amerika”, iaitu Kerajaan Saudi, menfatwakan haram membŏikŏt produk negara asing (secara umum), tetapi pendapat-pendapat seperti ini ditolak oleh Majlis Fatwa berauthoriti yang lebih bebas seperti kenyataan balas Bekas Penolong Setiausaha Yayasan Kajian Mesir (Ł…Ų¬Ł…Ų¹ Ų§Ł„ŲØŲ¹ŁˆŲ« Ų§Ł„Ų„Ų³Ł„Ų§Ł…ŁŠŲ©), Syeikh Syed Askar. Biasanya fatwa oleh pihak yang terikat dengan kepentingan terutamanya Amerika Syarikat sendiri dianggap tidak berintegriti disebabkan oleh kepentingan ‘ikatan’ tersebut. 

Walau bagaimanapun fatwa Saudi tidak menyatakan bŏikŏt itu bercanggah dengan keadilan Islam sebagaimana pendapat SS Mufti Perak sebagaimana dipetik di dalam teks khutbah mukasurat 2, tetapi fatwa Saudi menyatakan bŏikŏt perlu keizinan Kerajaan, bukan bercanggah dengan sunnah. 

Berbalik kepada fokus asal, iaitu hujah yang digunakan oleh Jabatan Agama Islam Perak. Saya boleh simpulkan ada 2 kumpulan hujah, iaitu hujah umum berkait sifat adil dan hadis Thumamah. Adapun hujah umum, ia tidak valid kerana sesuatu ayat umum tidak boleh diimplementasikan pada bab yang khusus, konteks yang khusus yang ada nas yang khusus. Sebagai contoh, haram membunuh berpandukan ayat 93 sura An-Nisa’ tidak boleh dibaca untuk konteks berjihad melawan perompak kerana terdapat hadis khusus yang menggalakkan kita menentang dan  melawan perompak hatta terpaksa membunuhnya demi mempertahankan diri adalah konteks khusus, mempunyai dalil yang khusus.   

Oleh itu, hujah dan dalil yang dikemukakan di dalam khutbah tersebut berkaitan dengan keadilan sejagat sebagaimana surah An-Nisa ayat 58, adalah hujah umum secara general tentang islam, manakala bŏikŏt pula adalah khusus dalam kontek menentang mereka-mereka yang mengzalimi umat Islam khususnya di Pal3st!n dan golongan yang menghina Islam, bukan membŏikŏt orang bukan Islam seperti membŏikŏt produk bangsa cina, bangsa India dan seumpamanya. Jadi hujah ini saya tak perlu ulas kerana penghujahan itu adalah diluar konteks perbahasan dan realiti yang tidak wujud. 

Dalam khutbah tersebut, hanya ada satu dalil sahaja yang berkait langsung dengan konteks bŏikŏt ini, iaitu hadis Thumamah. Teks khutbah tersebut menyebut: “Perbuatan membŏikŏt terhadap sesuatu kaum, sebenarnya tidak selari dengan sunnah Rasulullah SAW. Thumamah bin Uthal, Ketua Qabilah Yamamah telah ditawan oleh sepasukan tentera yang diutus oleh Nabi SAW, lalu dibawa ke Madinah. Beliau kemudiannya memeluk Islam dan berangkat ke Mekah untuk menunaikan haji. Setelah mengetahui permusuhan kaum Quraisy terhadap Islam, beliau mengisytiharkan sekatan bahan-bahan makanan dari Yamamah kepada kaum Quraisy. Sekatan ini memberi kesan teruk kepada kaum Quraisy di Mekah, kerana sebahagian besar sumber makanan masyarakat Mekah datang dari Yamamah. Para pembesar Quraisy menghantar utusan menemui Rasulullah SAW, meminta jasa baik baginda agar perbuatan sekatan makanan ditamatkan. Mendengar permintaan kaum Quraisy, Rasulullah SAW telah meminta Thumamah menghentikan perbuatan menyekat bahan-bahan makanan kepada kaum Quraisy. (muka 3-4 teks khutbah). Lebih dahsyat apabila khutbah tersebut mengeluarkan fatwa seterusnya: “Keluhuran akhlak Baginda tidak membenarkan bahan makanan yang merupakan satu hak asasi paling utama dalam kehidupan manusia, digunakan sebagai senjata dalam pertikaian.” (muka 4 teks khutbah). 

Kesilapan besar fatwa di daam khutbah ini ialah meletakkan secara umum bahawa bŏikŏt tidak selari dengan sunnah nabi saw berhujahkan hadis ini. Sedangkan hadis yang sama dijadikan dalil oleh Ulama-Ulama muktabar antarabangsa termasuk tesis yang sudah diverified mutunya. Antaranya saya snap shoot di bawah, tesis Dr. Abidin Abdullah Es-Saadun, muka surat 76. (saya share print screen tesis).
Terdapat banyak kesilapan istinbat hadis ini yang telah difatwakan oleh khutbah JAIPK ini sebagaimana berikut: 

1. Hadis tersebut hakikatnya adalah dalil keharusan bŏikŏt, bukan dalil pengharaman kerana terdapat Taqrir nabi saw, iaitu nabi berdiam tidak melarang sewaktu nabi mengetahui tindakan Thumamah. Selain daripada perkataan dan perbuatan, Taqrir nabi saw adalah salah satu bentuk sunnah. Dalam hadis ini tiada poin yang menunjukkan nabi melarang perbuatan Thumamah membŏikŏt supply barangan ke Mekah. Mengarahkan Thumamah menghentikan bŏikŏt, bukan bermaksud larangan bŏikŏt; ia dua perkara yang berbeza. Seumpama dalam kisah ini, thumamah ditangkap dan kemudian nabi mengarahkan sahabat melepaskannya selepas 3 hari bukan hujah ‘haram menangkap orang kafir’ yang mengancam Islam kerana nabi tidak menegur sahabat yang menangkapnya dan tidak pula menyatakanya sebagai tindakan itu salah. Jadi, membebaskan Thumamah hukumnya maslahah Mursalah dan menangkapnya adalah harus kerana Taqrir. Sama juga isu bŏikŏt dalam hadis yang sama, membŏikŏt adalah harus kerana nabi tidak melarang Thumamah, tidak pernah menegur tindakannya membŏikŏt kaum Quraisy dan jenis hukum ini dinamakan hukum Taqrir. Meminta supaya bŏikŏt dihentikan bukan hujah “bŏikŏt kaum yang menzalimi umat Islam adalah haram” sebagaimana nabi meminta melepaskan Thumamah bukan hujah “menangkap orang kafir yang menentang Islam hukumnya haram”. Ini adalah cara memahami nas ini oleh semua ulama yang menyokong bŏikŏt, termasuk tesis-tesis yang mengharuskan bŏikŏt menggunakan hadis ini sebagai hujah keharusan, iaitu Taqrir (pengiktirafan) nabi terhadap tindakan Thumamah membŏikŏt Quraish. Kesimpulannya, nabi saw meminta Thumamah menghentikan bŏikŏt bukan kerana haramnya bŏikŏt, tetapi maslahah mursalah (bergantung kepada keperluan dan strategi), iaitu apabila golongan musyrikin mula berlembut selepas bŏikŏt yang dilancarkan oleh Thumamah. Ini dinamakan Takhrij Al-Manat dan Tanqiih Al-Manat dalam mengenal pasti Illat hukum di sebalik hadis. (perbahasan panjang dibahas dalam dalam tesis Dr. Abidin Abdullah Es-Saadun, muka surat 76). Di dalam fatwa Islamweb, tesis Dr Abidin dan lain-lain menyebut dengan jelas Taqrir nabi terhadap tindakan Thumamah. (Tesis Dr Abidin Es-Saadun, mukasurat 107). 

2. Fatwa Khutbah Perak sangat jauh daripada kaedah Takhrij Al-Manat Hadis Thumamah apabila khutbah menyebut: “Keluhuran akhlak Baginda tidak membenarkan bahan makanan yang merupakan satu hak asasi paling utama dalam kehidupan manusia, digunakan sebagai senjata dalam pertikaian”. Antara kaedah usul Tanqih Al-Manat ini ialah perlu membaca nas-nas lain untuk mengintegrasikan Al-Manat atau illah. Di sana terdapat dalil lain yang menunjukkan nabi menyekat sumber makanan kepada musuh seperti nabi mengarahkan supaya ditebang pohon kurma Yahudi Bani Nadhir. Imam Ibn Hajar berkata: “(menebang pokok kurma ini harus) untuk keperluan dan kepentingan jika ia dikenal pasti sebagai jalan dalam melemahkan musuh dan sebagainya”. 

3. Khutbah ini dilihat tertokok tambah cerita dalam hadis apabila menyebut: “Beliau kemudiannya memeluk Islam dan berangkat ke Mekah untuk menunaikan haji.” Kisah ini berlaku pada tahun ke 5 hijrah, iaitu selepas perang Ahzab dan Bani Quraizhah. Adapun haji disyariatkan pada tahun ke 9 hijrah, selepas pembukaan Mekah. Hadis ini jelas menunjukkan Mekah masih lagi dibawah kuasa Musyrikin Quraish dan belum dibuka. Sebetulnya ialah Thumamah pergi melakukan umrah kerana ada riwayat menyebut kata-kata Thumamah “ļ»­ļŗƒļ»§ļŗŽ ļŗƒļŗ­ļ»³ļŗŖ Ų§ļ»Ÿļ»Œļ»¤ļŗ®ļŗ“” , maksudnya, “aku ingin menunaikan umrah”. Umrah sebelum Islam adalah istilah yang diguna pakai untuk melawat Kaabah yang dihormati oleh semua Qabilah Arab di Hijaz dengan cara dan adat mereka tersendiri. Walaupun bagi saya poin ini mungkin kesilapan teknikal oleh pihak yang membuat khutbah, tetapi ia jelas menunjukkan sama ada penulis teks khutbah ini tidak mahir berkaitan istilah-istilah yang digunakan di dalam hukum dan kitab-kitab arab. Walaupun kecil pada kesilapan poin ini, tetapi ia menunjukkan samada ketidak mahiran mereka yang mengeluarkan fatwa ini dan atau kelemahan bahasa untuk memahami nas atau paling kurang bukti ketidak cermatan khutbah sehingga berlaku kesilapan terjemahan yang ketara seterusnya memberikan impak yang besar kepada isu yang besar. Tetapi apa yang pasti, menggunakan hujah hadis Thumamah sebagai dalil haram bŏikŏt secara umum adalah bercanggah dengan disiplin istinbat dan ijtihad seterusnya bercanggah dengan fatwa-fatwa muktabar dalam kajian tesis dan ulama muktabar antarabangsa.
 
Walaupun terlalu banyak kesilapan di dalam khutbah tersebut, saya rasa memadai 3 poin yang saya sebutkan ini sebagai renungan. Semoga pembuat khutbah lebih berhati-hati di masa akan datang, terutamanya soal fatwa-fatwa hukum berkaitan maslahah umat Islam. 

Ustaz Zaharudin Muhammad
03 06 2024, Sungai Buloh.  

Like dan Share:
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1002538081230993&id=100044244318573

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo