NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Minta dana persekutuan untuk infrastruktur air, Guan Eng gesa PBAPP

Bekas ketua menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang memerlukan kira-kira RM1.7 bilion untuk menyelesaikan isu infrastruktur air di negeri itu.


PETALING JAYA: Bekas ketua menteri Lim Guan Eng mengesa Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) mendapatkan bantuan daripada kerajaan persekutuan untuk projek infrastruktur air, daripada bergantung sepenuhnya pada kenaikan tarif.

Lim berkata untuk menyelesaikan isu infrastruktur air di negeri itu memerlukan jumlah wang yang sangat besar – dianggarkan kira-kira 1.7 bilion – di mana tidak mampu ditampung kerajaan negeri.

“Ketika ini kerajaan persekutuan memberi keutamaan untuk projek infrasturtur air, memperuntukan beberapa ratus juta kepada Kelantan dan Terengganu.

“Kalau Pulau Pinang minta (dana yang sama) tidak ada masalah,” katanya dalam satu sidang media.

Pengerusi DAP itu juga memberi amaran kepada kerajaan negeri supaya bergantung sepenuhnya pada tambahan pendapatan daripada kenaikan tarif air.

Katanya, RM120 juta tidak mencukupi untuk menjalankan projek bekalan air yang diperlukan.

“Bina loji rawatan air sahaja sudah memerlukan RM1.2 bilion. Tambah projek lain, saya rasa perlu lagi RM500 juta.

“Tambahan pendapatan daripada kenaikan tarif air pada 2024 hanya RM86 juta, tak cukup untuk menampung kos RM1.7 bilion. Kita tak boleh tunggu 10 tahun untuk bina enam loji rawatan air,” katanya.

PBAPP sebelum ini berkata kenaikan tarif air di negeri itu diperlukan bagi menampung pembinaan infrastruktur air tambahan bernilai berbilion-bilion ringgit.

Kadar baharu untuk 20 meter padu pertama adalah 62 sen berbanding 22 sen sebelum ini, dan RM1.17 untuk Jalur 2 (20 hingga 35 meter padu) berbanding 46 sen sebelum ini, dan RM2.07 untuk Jalur 3 (lebih 32 meter padu).



Sumber | FMT Malaysia 





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo