NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Malaysia seru sokong cadangan Biden tamat konflik Gaza

Malaysia juga menggesa masyarakat antarabangsa untuk memberi keutamaan kepada bantuan kemanusiaan segera dan tanpa halangan kepada rakyat Palestin serta pembinaan semula Gaza. (Gambar AP)


PUTRAJAYA: Malaysia menyeru pihak-pihak berkaitan untuk menerima dan berusaha ke arah pelaksanaan penuh cadangan terkini oleh Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden, untuk menamatkan kekejaman Israel di Gaza.

Kementerian Luar (Wisma Putra) dalam satu kenyataan pada berkata cadangan itu adalah jalan ke hadapan terbaik untuk menamatkan malapetaka yang sedang berlaku di Gaza dan pengunduran penuh tentera Israel dari wilayah Palestin.

“Malaysia secara konsisten menyeru gencatan senjata yang kekal dan berkesan untuk membawa penghentian segera kepada pembunuhan rakyat Palestin dan konflik di Gaza.

“Dalam konteks ini, cadangan tiga fasa yang diumumkan oleh Presiden Joe Biden untuk gencatan senjata sepenuhnya, pembebasan tawanan daripada kedua-dua belah pihak, usaha ke arah pengakhiran kekal permusuhan, dan pelan pembinaan semula menyeluruh untuk Palestin adalah langkah ke arah yang betul,” katanya.

Malaysia juga menggesa masyarakat antarabangsa untuk memberi keutamaan kepada bantuan kemanusiaan segera dan tanpa halangan kepada rakyat Palestin serta pembinaan semula Gaza.

Ia menekankan bahawa sokongan teguh dan solidariti penuh Malaysia dengan rakyat Palestin tetap tidak berbelah bahagi, termasuk hak mereka untuk menentukan nasib sendiri dan pembentukan sebuah negara Palestin yang merdeka dan berdaulat berdasarkan sempadan pra-1967, dengan Baitulmuqaddis Timur sebagai ibu kotanya.

Media antarabangsa melaporkan bahawa Biden pada 31 Mei lepas membentangkan perjanjian tiga fasa yang dicadangkan oleh Israel kepada wakil Palestin, Hamas yang menurutnya akan menamatkan permusuhan di Semenanjung Gaza dan memastikan pembebasan tawanan yang ditahan.

Hamas dilaporkan berkata ia akan “memberi respons positif kepada sebarang cadangan yang merangkumi gencatan senjata kekal, penarikan penuh dari Semenanjung Gaza, usaha pembinaan semula, kepulangan orang yang dipindahkan, dan penyelesaian pertukaran tawanan yang menyeluruh”.


Sumber | FMT Malaysia 





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo