NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Harga diesel naik RM3.35 seliter mula tengah malam ini

Gambar hiasan. - Foto oleh FARIZ RUSADIO / KOSMO!

PUTRAJAYA – Bermula tengah malam ini, harga diesel di stesen runcit di seluruh Semenanjung Malaysia ditetapkan pada harga RM3.35 sen seliter.

Perkara itu diumumkan Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Amir Hamzah berkata, harga diesel tanpa subsidi itu ditetapkan secara mingguan bermula tengah malam ini (Isnin).

“Harga diesel itu diumumkan setiap minggu berdasarkan harga runcit mingguan produk petroleum menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM),” katanya. – KOSMO! ONLINE

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo