NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Faisal Halim bukan ancaman kepada JDT - Tunku Mahkota Ismail

Tunku Mahkota Ismail sempat melayan orang ramai sesi podcast sempena Program Johor Youth Meet-up bermula di Kompleks Sukan Educity, Iskandar Puteri pada Ahad.


ISKANDAR PUTERI - Pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Mahkota Ismail bertitah, tiada sebab konspirasi teori mengaitkan baginda dengan serangan simbah asid terhadap pemain Selangor FC, Faisal Halim.

Pemangku Sultan Johor itu pada masa mengakui pemain sayap kebangsaan tersebut sebagai pemain yang baik, namun bukan ancaman kepada JDT.

"Pertama sekali, Faisal Halim ini merupakan budak yang baik tapi saya tidak tahu hidup peribadi dia, apa yang berlaku terhadapnya merupakan satu tindakan yang wajar kita tentang.

"Tetapi, ada apa kena mengena dengan saya? Ada pihak yang cakap Tunku Mahkota Ismail adalah 'mastermind' (simbah asid). Kalau saya nak habiskan orang, saya ada sasaran yang lebih besar dalam negara yang mengambil duit rakyat, orang yang bertanggungjawab rompak hasil duit rakyat, orang ini lebih penjenayah bagi saya.

"Faisal Halim ini cuma pemain bola sepak, tak kan orang Selangor tak boleh fikir dengan cara rasional, saya nak habiskan dia buat apa," titahnya.

Beliau bertitah demikian dalam sesi podcast secara langsung bersempena Program Johor Youth Meet-up di Kompleks Sukan Educity di sini pada Ahad.

Hadir sama, Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi, Setiausaha Kerajaan negeri, Tan Sri Dr Azmi Rohani dan barisan Exco kerajaan negeri.

Faisal Halim mengalami kecederaan melecur tahap empat dan terpaksa menjalani pembedahan dan pemulihan setelah disimbah asid oleh individu tidak dikenali bulan lalu.

Pemangku Sultan Johor itu bertitah, skuad Harimau Selatan tidak berdepan tugas sukar menewaskan Selangor FC dalam tiga Perlawanan musim lalu, dengan Faisal Halim diturunkan pada kesemua Perlawanan itu.

Tunku Mahkota Ismail bertitah, baginda menghormati pemain kebangsaan itu yang digambarkan sebagai seorang yang peramah dan juga pemain yang berkualiti.

"Tapi perkara macam ini orang cakap saya arahkan polis buat macam-macam, kalau saya nak buat kerja yang bukan-bukan, buat apa saya nak pakai polis.

"Jika saya nak buat apa-apa, sudah tentu saya pakai entiti luar negara, saya pun ada kawan-kawan juga. Jadi, untuk kes simbah ini, saya pun berasa terhina juga apabila dikaitkan dengan kes tersebut.

"Macam tak ada kerja mengaitkan saya dengan semua insiden, jadi sekarang ini semua salah Tunku Mahkota Ismail, bas yang dinaiki pemain Selangor FC yang diserang di Jakarta pun salah Tunku Mahkota Ismail ke," titahnya.



Sumber | Sinar Harian 








........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo