NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

UiTM kekal terima pelajar bumiputera sahaja, tetapi bersedia apa jua keputusan kerajaan



  • Universiti Teknologi Mara (UiTM) kekal berpegang kepada Akta UiTM 1976 (Akta 173) dan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan yang hanya menerima kemasukan pelajar dalam kalangan bumiputera sahaja.
  • Perkara itu ditegaskan Naib Canselor UiTM, Profesor Datuk Dr Shahrin Shahib ketika mengulas berkenaan cadangan membenarkan program latihan ijazah lanjutan kepakaran (Parallel Pathway) kepada bukan bumiputera.
  • “Kami ini hanya badan pelaksana. Segala ketetapan akan dikeluarkan jemaah menteri (kabinet) dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dengan izin Yang di-Pertuan Agong sebagai teras Perlembagaan Persekutuan.
  • “Kami bersedia menerima apa sahaja keputusan yang dikeluarkan, namun selagi ia tidak mengubah Perkara 153 dan UiTM hanya terbuka kepada pelajar bumiputera sahaja,” katanya dipetik MalaysiaKini pada sidang media di Majlis Sua Raya Aidilfitri UiTM 2024 di Shah Alam, hari ini.
  • Mengulas isu sama, Pengerusi Lembaga Pengarah UiTM, Profesor Emeritus Datuk Dr Raduan Che Rose berkata universiti awam terbesar di Malaysia itu tiada masalah sekiranya latihan kepakaran kardiotorasik dibuka kepada bukan bumiputera sementara menunggu Universiti Malaya (UM) menawarkan program itu.
  • Raduan mengakui terdapat kebimbangan umum hal itu akan menjadi pintu kepada agenda atau usaha untuk membenarkan UiTM dibuka kepada bukan bumiputera.

KUALA LUMPUR — Universiti Teknologi Mara (UiTM) kekal berpegang kepada Akta UiTM 1976 (Akta 173) dan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan yang hanya menerima kemasukan pelajar dalam kalangan bumiputera sahaja.

Perkara itu ditegaskan Naib Canselor UiTM, Profesor Datuk Dr Shahrin Shahib ketika mengulas berkenaan cadangan membenarkan program latihan ijazah lanjutan kepakaran (Parallel Pathway) kepada bukan bumiputera.

Beliau berkata UiTM bagaimanapun bersedia dengan apa jua keputusan kerajaan dengan restu Yang di-Pertuan Agong sekiranya perkara itu menjadi keperluan negara.

“Kami ini hanya badan pelaksana. Segala ketetapan akan dikeluarkan jemaah menteri (kabinet) dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dengan izin Yang di-Pertuan Agong sebagai teras Perlembagaan Persekutuan.

“Kami bersedia menerima apa sahaja keputusan yang dikeluarkan, namun selagi ia tidak mengubah Perkara 153 dan UiTM hanya terbuka kepada pelajar bumiputera sahaja,” katanya dipetik MalaysiaKini pada sidang media di Majlis Sua Raya Aidilfitri UiTM 2024 di Shah Alam, hari ini.

Untuk rekod, UiTM merupakan universiti tempatan pertama dan satu-satunya yang menawarkan program ‘Parallel Pathway’ dengan kerjasama Institut Jantung Negara (IJN) bagi memberikan latihan pakar kardiotorasik.

Portal berita kesihatan CodeBlue pada April lalu melaporkan Ahli Lembaga Program Parallel Pathway UiTM-IJN, Profesor Dr Raja Amin Raja Mokhtar mendedahkan bahawa UiTM bersedia untuk membuka program berkenaan secara sementara kepada graduan bukan bumiputera.

Beliau berkata keputusan itu dibuat selepas bercakap dengan Naib Canselor UiTM dan Pengerusi Lembaga UiTM dan mereka bersetuju dengan idea itu untuk tempoh terhad.

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bagaimanapun memaklumkan tidak menerima sebarang permohonan rasmi daripada UiTM untuk membuka kepada bukan bumiputera.

Menterinya, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata tiada perbincangan dilakukan pihaknya berhubung perkara berkenaan bersama institusi pengajian awam tersebut.

Mengulas isu sama, Pengerusi Lembaga Pengarah UiTM, Profesor Emeritus Datuk Dr Raduan Che Rose berkata universiti awam terbesar di Malaysia itu tiada masalah sekiranya latihan kepakaran kardiotorasik dibuka kepada bukan bumiputera sementara menunggu Universiti Malaya (UM) menawarkan program itu.

“Cuma masalah utama ada hal ini akan melawan Akta 153, jadi harus diselesaikan perkara itu sebelum menyelesaikan masalah lain,” katanya.

Raduan mengakui terdapat kebimbangan umum hal itu akan menjadi pintu kepada agenda atau usaha untuk membenarkan UiTM dibuka kepada bukan bumiputera. — The Merdeka Times



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo