NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tawaran PH lebih kukuh berbanding PN

Pang Sock Tao dari Pakatan Harapan bertembung dengan lawannya Khairul Azhari Saut dari Perikatan Nasional dalam siri kempen PRK Kuala Kubu Baharu. (Gambar Facebook)



PETALING JAYA: Kegagalan Perikatan Nasional (PN) menyediakan tawaran kukuh untuk membantu menyelesaikan masalah rakyat menjadi punca kegagalannya merampas kerusi DUN Kuala Kubu Baharu, kata penganalisis politik.

Azmi Hassan dari Akademi Nusantara berkata kemenangan calon komponen itu Khairul Azhari Saut mungkin membimbangkan ramai dari segi risiko pembangunannya kerana kawasan itu bakal diwakili ahli pembangkang.

“PN tidak menawarkan banyak kecuali bangkitkan rasa tidak puas hati terhadap kerajaan negeri dan pusat. Saya berpandangan ini tidak memberi pemberat kepada pengundi untuk mengundi mereka (PN).

“Bagaimanapun keadaan berbeza bagi Pang Sock Tao dari Pakatan Harapan (PH) yang menjadi sebahagian kerajaan negeri dan ini cukup kritikal. Ramai gembira dengan pentadbiran Amirudin Shari,” katanya kepada FMT.

Azmil Tayeb dari Universiti Sains Malaysia berkata PN dilihat gagal untuk menawarkan dasar membabitkan kehidupan seharian pengundi dalam kempennya, sebaliknya lebih fokus membawa sentimen berdasarkan isu semasa.

Menurutnya, kenaikan kos sara hidup sering dibangkitkan pengundi dan ini termasuk pada PRK Kuala Kubu Baharu.

“Mereka gagal menawarkan sesuatu yang kukuh untuk menyelesaikan kebimbangan itu.

“Tambahan, pengundi Kuala Kubu Baharu mempunyai kelebihan mengundi parti penyandang yang datang dari parti kerajaan dan mempunyai sumber,” katanya.

PRK Kuala Kubu Baharu semalam menyaksikan Pang menang dengan majoriti 3,869 undi.

Beliau mendapat 14,000 undi menewaskan Khairul yang memperoleh 10,131 undi manakala calon bebas Nyau Ke Xin (188) dan Hafizah Zainuddin dari Parti Rakyat Malaysia (152)

Peratusan mengundi yang merekodkan 61.5% itu lebih rendah berbanding 69.2% pada PRN Selangor Ogos tahun lalu.

Azmi berkata pengurangan ini mungkin membabitkan pengundi Melayu yang memberi kelebihan kepada PH.

Menurutnya, kejayaan Pang menang majoriti undi polis dan tentera yang majoriti Melayu mencerminkan kejayaan Umno menarik undi mereka kepada calon dari kerajaan perpaduan.

“Saya berpandangan Umno berjaya menarik pengundi Melayu untuk mengundi calon PH,” katanya.

Azmil pula berkata undi simpati juga mungkin memberi kelebihan kepada PH, merujuk kepada penyandangnya Lee Kee Hiong yang meninggal dunia Mac lalu akibat barah.


Sumber | FMT Malaysia 






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo