![]() |
Speaker DUN Pulau Pinang Law Choo Kiang akan serah notis kekosongan kerusi Sungai Bakap bagi membuka laluan kepada PRK, susulan kematian wakilnya, Nor Zamri Latiff. (Gambar Bernama) |
GEORGE TOWN: Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang Law Choo Kiang akan menyerahkan notis perisytiharan kekosongan kerusi DUN Sungai Bakap susulan kematian penyandangnya, Nor Zamri Latiff kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), pada Isnin.
“Saya akan berjumpa pengarah SPR Pulau Pinang Isnin depan untuk menyerahkan notis rasmi daripada saya,” katanya kepada Bernama.
Nor Zamri, 56, meninggal dunia kira-kira 1.38 tengah hari semalam ketika menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Seberang Jaya (HSJ) kerana mengalami keradangan dalam perut dan menerima rawatan di situ, sejak awal bulan ini.
Pada PRN Pulau Pinang Ogos lalu, Nor Zamri yang juga Ketua PAS Nibong Tebal menewaskan calon Pakatan Harapan (PH) Nurhidayah Che Rose dengan majoriti 1,563 undi.
Sumber | FMT Malaysia
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |

No comments
Post a Comment