NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Jangan ambil kesempatan naik harga barang, KPDN laung ‘amaran’

KPDN tidak teragak-agak mengambil tindakan ke atas peniaga naik harga yang tidak munasabah.


PETALING JAYA: Peniaga diberi amaran tidak mengambil kesempatan naik harga barang susulan pengumuman kenaikan gaji penjawat awam oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim, pada 1 Mei.

Timbalan Menteri Fuziah Salleh, berkata pihaknya tidak teragak-agak mengambil tindakan ke atas peniaga berbuat demikian

“Kami (KPDN) mempunyai punca kuasa untuk mendapatkan harga setiap barangan di sepanjang rantaian bekalannya. Contohnya apabila kita tarik subsidi ayam, kita lihat ada usaha untuk menaikkan harga yang tidak munasabah pada minggu pertama dan kedua.

“Melihat kepada situasi itu, KPDN terus mengeluarkan notis kepada peniaga yang melanggar peraturan tersebut,” katanya menurut Kosmo pada sidang media selepas Majlis Sambutan Aidilfitri di Pejabat KPDN Kelantan, Kota Bharu.

Mengulas lanjut, Fuziah memberitahu, KPDN akan menjalankan pemantauan secara teliti seperti yang dilaksanakan oleh pihaknya setiap hari.

Pada sambutan Hari Pekerja di Putrajaya, Anwar mengumumkan kenaikan gaji penjawat awam melebihi 13% yang dirancang dilaksana pada Disember ini, melibatkan impak kewangan negara melebihi RM10 bilion.

Perdana menteri juga berkata, kenaikan gaji itu bertujuan menambah pendapatan pekerja gred rendah antara 25 hingga 30%.

Katanya, kerajaan akan terus memantau kadar inflasi dan impaknya susulan pengumuman kenaikan gaji tersebut.





Sumber | FMT Malaysia 





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo