NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

‘Adakah Roslan dilantik PKR dengan Pengarah JPNS orang sama?' - Afnan



SHAH ALAM - Ketua Pemuda Pas, Afnan Hamimi Taib Azamudden mempersoal kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengenai pelantikan Datuk Dr Roslan Hussin sebagai Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) yang baharu parti itu.

Beliau mempersoal mengenai kewajaran pelantikan berkenaan berikutan semakan di laman web Kementerian Pendidikan (KPM) mendapati Roslan juga individu sama yang memegang jawatan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS).

“Saya semak dengan laman web KPM dan menunjukkan nama sama (Roslan) yang menjadi Pengarah JPNS.

"Saya mahu tanya, adakah Roslan yang dilantik PKR ini orang yang sama?

"Sengaja mahu tanya, kalau betul orang yang sama, bermakna PKR ini boleh pula lantik penjawat awam menjadi anggota parti politik? Lagi-lagi memegang jawatan MPP pula.

“Kalau benar dia dilantik, kenapa ada cikgu aktif dalam politik yang menyokong Perikatan Nasional (PN), Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) ini diambil tindakan, diberi surat tunjuk sebab, ditukar sekolah, disekat dan banyak lagi tindakan?” soalnya menerusi video yang dimuat naik di Facebook pada Rabu.

Sinar Harian pada Ahad melaporkan, PKR mengumumkan rombakan Majlis Pimpinan Negeri (MPN) di tujuh negeri melibatkan Sarawak, Sabah, Pahang, Johor, Terengganu, Kelantan dan Wilayah Persekutuan selepas enam negeri lain menerima kepimpinan baharu pada Februari lalu.

Ketua Penerangan PKR, Fahmi Fadzil berkata, MPP turut mengumumkan pelantikan bekas Pengerusi MPN Sabah, Datuk Sangkar Rasam; Ketua Cabang PKR Kuala Terengganu, Azan Ismail dan Pengarah JPNS, Roslan sebagai ahli MPP yang baharu.


Sumber | Sinar Harian







........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

Serangan terhadap OKU: Tiada istilah kes selesai - Hassan Karim



JOHOR BAHRU - Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim menegaskan dari segi undang-undang jenayah tiada istilah kes telah selesai walaupun mangsa membuat laporan polis kedua menyatakan bahawa kes telah selesai.

Beliau menjelaskan, apabila sesuatu laporan polis dibuat maka dokumen itu dipanggil first information report atau ringkasnya FIR.

Hassan berkata, sebaik sahaja menerima laporan, jika kesalahan itu merupakan serangan fizikal ke atas diri seseorang dan merupakan satu kesalahan jenayah di bawah Kanun Keseksaan, maka tugas polis ialah memanggil pihak yang menyerang mangsa itu untuk disiasat.

"Polis juga perlu menghantar mangsa ke hospital kerajaan yang berdekatan untuk memeriksa kecederaan yang dialami oleh si mangsa.

"Polis perlu membuka kertas siasatan dan mengambil keterangan si penyerang di bawah Seksyen 112 Kanun Acara Jenayah (KAJ).

"Jika siasatan terpaksa memakan masa melebihi 24 jam, maka si penyerang perlu ditahan di bawah Seksyen 117 KAJ dengan membawa si penyerang ke mahkamah atau ke balai polis untuk mendapatkan perintah tahanan reman daripada majistret mahkamah," ujarnya dalam satu kenyataan yang dimuat naik di Facebooknya pada Rabu.

Kenyataan tersebut tidak memetik sebarang nama atau menyentuh kes secara khusus, namun dipercayai berkaitan kes pemandu e-hailing yang mendakwa dipukul pengawal peribadi seorang kenamaan di lobi sebuah hotel di Kuala Lumpur pada Selasa.

Polis Kuala Lumpur mengesahkan bahawa kes seorang pengiring kenamaan yang dilaporkan mencederakan seorang orang kurang upaya (OKU) sudah diselesaikan.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, pihaknya telah menerima satu laporan polis daripada pengadu pada jam 1 tengah hari Selasa.

Rusdi berkata, pengadu kemudian telah membuat laporan polis kedua pada jam 9.59 malam, hari sama, dia menyatakan telah menyelesaikan perkara yang berlaku secara baik serta tidak mahu memanjangkan kes.

Menurut Hassan, walaupun mangsa membuat aduan polis kedua, ia tidak boleh dianggap selesai begitu sahaja.

"Yang penting ialah laporan polis yang pertama iaitu FIR.

"Kes telah selesai ia membawa makna dari segi kesalahan tort di mana si mangsa tidak berniat untuk mengambil tindakan sivil bagi kesalahan tort yang merupakan serangan ke atas diri yang dipanggil assault and battery.

"Tetapi bagi kesalahan jenayah, itu adalah dalam bidang kuasa polis.

"Walau si mangsa tarik balik laporan polisnya yang pertama atau membuat laporan polis yang kedua menyatakan kes telah selesai maka dari perjalanan undang-undang ia tidak boleh mempengaruhi atau memberhentikan tindakan polis," ujarnya.

Jelasnya, perkara ini membabitkan kedudukan undang-undang di bawah 'rule of law' atau sistem kedaulatan undang undang di negara kita Malaysia.

'Di bawah Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan adalah sama rata atau kesamarataan kepada setiap warga negara di bawah undang-undang.

"Di bawah Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan setiap warganegara termasuk golongan OKU dijamin kebebasan dirinya," jelasnya.


Sumber | Sinar Harian 










........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

Menteri Besar digesa selesaikan isu Kampung Sri Makmur



SHAH ALAM - Pemuda Pas Selangor menggesa campur tangan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menyelesaikan segera isu perobohan rumah di Kampung Sri Makmur, Gombak.

Ketuanya, Mohamed Sukri Omar berkata, rakyat yang terkesan dengan 'tragedi hitam' itu memerlukan pembelaan daripada kerajaan negeri.

Menurut beliau, kerajaan negeri perlu memikirkan nasib rakyat terlebih dahulu berbanding apa jua projek pembangunan yang ingin dilaksanakan di kawasan terbabit.

"Jangan biarkan kepesatan pembangunan mengabaikan kebajikan rakyat yang seharusnya menjadi fokus utama kerajaan negeri.

"Semakin megah berdiri bangunan baharu pencakar langit di tanah Gombak ini, semakin menipis nilai kemanusiaan dan toleransi dalam memahami realiti penduduk penduduk Kampung Sri Makmur," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Mohamed Sukri memberitahu, kira-kira 100 rumah penduduk diroboh diberi tempoh hanya tiga hari untuk berpindah setelah diberi insentif sebanyak RM1,000 pada Jumaat lalu, bagaimanapun tidak semua mendapat pampasan berkenaan.

"Logikkah hanya diberi masa tiga hari untuk mengosongkan rumah hanya berbekalkan RM1,000?

"Mereka diusir dari tanah yang mereka duduki sejak puluhan tahun lalu tanpa rasa belas kasihan, ibarat pelarian yang tiada tempat berlindung," ujar beliau.

Mohamed Sukri mendakwa, meskipun penduduk ditawarkan dengan Rumah Selangorku, hakikatnya masih ada penduduk tidak mempunyai tempat berteduh kerana tidak tersenarai.

Jelas beliau, sebuah akhbar sebelum ini turut melaporkan bahawa perancangan asal terhadap tanah tersebut mahu dibangunkan sebuah hospital, tetapi kemudiannya dijual kepada sebuah syarikat swasta untuk membina sebuah kondominium mewah.

"Semua persoalan ini masih menimbulkan tanda tanya dan jika benar, mengapa kerajaan seolah-olah membiarkan kampung sudah dihuni berpuluh tahun di kawasan bernilai tinggi ini berjaya dimanipulasi pihak tidak bertanggungjawab yang hanya mahu mencari keuntungan?" soalnya.

Dalam pada itu, polis mengesahkan telah menerima 20 laporan berkaitan kes perobohan rumah di Kampung Sri Makmur Gombak dekat sini pada Isnin.

Sinar Harian pada Selasa lalu melaporkan, sembilan keluarga yang merupakan penduduk asal yang telah menetap lama di kampung terbabit telah diarahkan berpindah.

Ia bagi membolehkan kerja-kerja perobohan kediaman dilakukan bagi memberi laluan kepada pembinaan dan pembangunan kondominium di kawasan berkenaan.

Terdahulu, penduduk yang terlibat sebelum ini telah menerima notis untuk mengosongkan rumah selewat-lewatnya pada 21 Januari lalu, namun telah ditangguhkan sehingga Ahad lalu.



Sumber | Sinar Harian









........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

Walau tanah milik pemaju, penduduk terjejas wajar dibantu - Hamzah

Hamzah (dua dari kiri) meninjau lokasi perobohan di Kampung Seri Makmur Gombak.



GOMBAK - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin mendakwa kerajaan negeri dan pemaju gagal menangani isu pengosongan Kampung Seri Makmur di sini secara adil.

Hamzah yang meninjau lokasi perobohan itu pada Khamis berkata, walaupun tanah itu milik pemaju tetapi pihak syarikat patut mempunyai rasa bertanggungjawab untuk membantu penduduk terjejas.

Beliau turut berpandangan, pelaksanaan kerja perobohan terhadap rumah penduduk serta sebuah surau berusia lebih 40 tahun tidak mengikut konsep keadilan sewajarnya.

"Walau apa juga cara sekali pun mereka tinggal, penduduk juga telah membantu dari segi ekonomi domestik di Selangor.

"Saya juga merasakan Menteri Besar (Datuk Seri Amirudin Shari) tidak bertanggungjawab membiarkan sebuah surau dirobohkan tanpa ambil kira barangan yang masih ada di dalamnya terutama al-Quran.

"Saya sedih lihat keadaan surau dirobohkan dan melihat al-Quran dalam keadaan terbiar," katanya pada Khamis.

Justeru, beliau menggesa kerajaan negeri memanggil semula pemaju untuk penilaian semula ganti rugi buat penduduk terjejas.

"Pemaju perlu kira semula jumlah keuntungan yang bakal diperoleh hasil pembangunan di atas tanah ini dan diberikan peratusan kepada 150 keluarga terjejas.

"Itu baru nampak keadilan dan jika tidak saya akan bersama dengan keluarga di sini membantu untuk mengambil tindakan seterusnya," katanya.

Sementara itu, Amirudin menjelaskan telah memberikan peluang dan tempoh mencukupi buat penduduk terlibat mengemukakan bukti bahawa mereka adalah penduduk asal di tanah berkenaan.

Ujarnya, penduduk diminta mematuhi syarat seperti diputuskan Lembaga Perumahan Hartanah Selangor (LPHS) serta Pejabat Daerah Daerah dan Tanah Gombak untuk penempatan semula.

"Hanya 21 keluarga penuhi syarat tersebut dan mendapat tawaran rumah atau rumah ganti selepas melampirkan bukti diperlukan.

"Kerajaan negeri melalui proses ini dengan teguh kerana kawasan itu banyak kejadian tidak diingini seperti kehadiran warga asing dan keperluan pembangunan yang sebahagiannya merupakan perumahan rakyat," katanya ditemui pada sidang akhbar Kejohanan Golf Junior Antarabangsa Selangor dan PKNS Selangor Masters di Kelab Seri Selangor pada Khamis.

Amirudin pada masa sama turut menegaskan, pihaknya bersedia untuk melihat kembali bantuan yang boleh diterima keluarga berkenaan kerana itu adalah tugas hakiki sebagai kerajaan negeri.

"Kita bersedia melihat balik apa boleh dibantu, tetapi kena buktikan mereka penduduk asal (yang) wajar dapat penempatan dan tidak dapat pampasan lain," katanya.

Operasi perobohan struktur rumah penduduk dilakukan pada Isnin lalu selepas penduduk terlibat menerima notis supaya mengosongkan rumah selewat-lewatnya pada 21 Januari lalu.

Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) sebelum ini memaklumkan penjualan tanah di kampung itu kepada sebuah syarikat dimeterai pada 8 September 2020 dan syarikat tersebut memperoleh perintah mahkamah untuk melaksanakan tindakan meroboh semua struktur di tanah itu pada 14 Mei lepas.

Kerajaan Selangor juga telah menawarkan pembelian seunit Rumah Selangorku dengan harga subsidi RM65,000 dan sagu hati 'ex-gratia' sebanyak RM1,000 kepada 21 setinggan asal, berdasarkan pengesahan bancian pada 2006 dan 2016 mengikut senarai Pejabat Daerah Daerah dan Tanah Gombak.




Sumber | Sinar Harian 












........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

Tun M cabar Anwar tunjuk bukti dakwa curi duit berbillion



SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memberitahu keberadaan wang kerajaan yang didakwa dicuri dan dimiliki beliau.

Dr Mahathir berkata, beliau sanggup membawa pulang seratus peratus duit yang dikatakan ada padanya dan diderma kepada orang miskin.

Katanya, namun Anwar perlu memberitahu di mana duit itu berada terlebih dahulu.

"Mungkin ada di bank Switzerland, saya sanggup bersama Anwar pergi ke bank di Switzerland dan minta bank tunjuk akaun saya seperti Datuk Seri Najib Tun Razak ada akaun dalam Ambank.

"Jika ada akaun, saya akan keluar semua duit dan bawa balik ke Malaysia. Seratus peratus duit ini jika ada akan diberi kepada orang Melayu," ujarnya menerusi hantaran di X pada Khamis.

Terdahulu, Anwar mendakwa Dr Mahathir mencuri berbillion duit kerajaan semasa menjadi Perdana Menteri.

Tambah Dr Mahathir, jika tidak ada akaun di bank atau dimana-mana sanggupkan Anwar menjawab di mahkamah.

"Jika tidak sanggup berhenti dari membuat tuduhan yang tidak berasas. Saya sudah dakwa jika Anwar tuduh juga saya curi duit, saya akan dapat keputusan mahkamah supaya Anwar membayar RM150 juta kepada saya.

"Sebenarnya, saya hairan kerana tidak pernah tengok duit ini dan tidak tahu di mana duit ini ada. Yang tahu ialah Anwar kerana dia yang mendakwa saya miliki duit berbillion," jelasnya.


Sumber | Sinar Harian 







........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

Kenaikan cukai taksiran kerana nilai hartanah meningkat – Amirudin

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berucap pada sidang media Kejohanan Golf Selangor International Junior Golf Championship 2024 dan PKNS Selangor Masters 2024 di Kelab Golf Seri Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 30 MEI 2024


PETALING JAYA – Cukai taksiran di negeri Selangor dinaikan susulan pelaksanaan penilaian semula hartanah.

Bagaimanapun ia tidak melibatkan rumah-rumah kos rendah.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, penilaian semula perlu dilakukan untuk mengetahui nilai semasa hartanah sesebuah bandar di negeri ini.

“Saya sudah terangkan banyak kali bahawa ini proses penilaian semula, bila ia dibuat maknanya nilai hartanah di sana meningkat. 

“Kita ada dasar, contoh rumah kos rendah tidak ada dikenakan cukai. Selepas ini kerajaan negeri perlu menetapkan bila nak dinaikkan atau sebagainya,” katanya. 

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melancarkan Kejohanan Golf Junior Antarabangsa Selangor 2024 di Kelab Seri Selangor.

Menurut beliau, penilaian semula tidak dilakukan sejak 20 tahun dan ia berisiko menjejaskan rancangan pembangunan di negeri ini.

“Sebab apa tidak dibuat? Sebab dulu-dulu termasuk menteri besar sebelum ini tidak benarkan proses penilaian semula. 

“(Penilaian semula) Ini penting untuk tahu nilai dan kualiti perbandaran, juga pembangunan. Kita kena tengok rancangan perbandaran betul atau salah… atau stagnant (kekal), kita kena rangka strategi,” ujar beliau. 

Kerajaan Selangor menetapkan pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini hanya boleh membuat penilaian kenaikan cukai taksiran pada kadar maksimum 25 peratus.

Exco Kerajaan Tempatan dan Pelancongan, Datuk Ng Suee Lim berkata, tiada kenaikan melampau yang membebankan pemilik kediaman dan premis perniagaan seperti didakwa sesetengah pihak terutama pembangkang sebelum ini.

Beliau menyifatkan langkah penyelarasan itu masih wajar dalam usaha PBT memberikan khidmat perbandaran lebih baik pada masa depan.

Sebelum ini, Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (Dun) Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mendakwa kerajaan negeri menaikkan kadar cukai pintu sehingga empat kali ganda berbanding nilai sedia ada.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Selangor itu berkata, cukai tersebut dinaikkan daripada RM191.40 setahun kepada RM429.

Hari ini, Jawatankuasa Bertindak Warga Prihatin Ampang Jaya menyerahkan memorandum memohon supaya Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) membatalkan kenaikan taksiran di daerah berkenaan. – MalaysiaGazette






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

Nie Ching jangan lupa sistem tender terbuka adalah mantera DAP – Ramasamy



KUALA LUMPUR – Bekas Timbalan Pengerusi DAP Pulau Pinang P. Ramasamy mengingatkan Ketua Wanita DAP Teo Nie Ching bahawa sistem tender terbuka adalah ‘mentera’ yang dilaungkan parti itu sejak dahulu.

Ramasamy secara sinis berkata, DAP wajar digelar ‘Direct Award Party’ jika mahu mengamalkan dasar ‘double standard’ (pilih kasih).

“Nie Ching jangan lupa sistem tender terbuka adalah mantera DAP. Melainkan jika dia berpendapat bahawa rundingan terus adalah cara yang lebih baik untuk menganugerahkan projek kerajaan. Jika ini benar maka DAP sepatutnya digelar ‘Direct Award Party’

“Sebagai kesimpulan, saya ingin mengatakan pemimpin DAP termasuk Teo tidak berada dalam kedudukan untuk mengajar orang lain mengenai amalan pilih kasih. Sikap hipokrit dan dwi-standard parti terlalu terkenal untuk dihebohkan lagi,” kata Ramasamy.

Beliau mengulas kenyataan Nie Ching semalam yang menyindir dirinya seperti mahu menjadi malaikat dalam isu pemberian projek rintis Demand Responsive Transit(DRT) di bawah Kerajaan Selangor kepada dua syarikat termasuk dimiliki suami Hannah.

Ramasamy turut mempersoalkan sama ada Nie Ching menimbulkan kes melibatkan Lim Guan Eng untuk memalukan dirinya atau untuk memalukan Ahli Parlimen Bagan tersebut.

Ramasamy mendakwa komen Nie Ching telah mendedahkan ketidakmatangan dan tidak bertanggungjawab beliau sebagai Ketua Wanita DAP dan timbalan menteri dalam kerajaan Madani.

“Lim didakwa di mahkamah undang-undang dan perbicaraan sedang berjalan pada masa ini. Sewajarnya perkara itu diserahkan kepada mahkamah untuk memutuskan sama ada Lim bersalah atau tidak.

“Setakat yang saya bimbang, tidak ada double-standarddi pihak saya. Bagaimana mungkin saya meminta Lim meletak jawatan sedangkan dia tidak didapati bersalah pada mulanya.

“Adalah menarik untuk mengetahui mengapa Teo menggunakan contoh kes Lim terhadap saya. Adakah untuk memalukan saya atau Lim?” soal beliau.

Semalam Nie Ching yang juga Timbalan Menteri Komunikasi berkata, adalah tidak adil Ramasamy menggesa Hannah meletak jawatan berhubung isu pemberian kontrak Kerajaan Selangor kepada suaminya.

Nie Ching, berkata tindakan bekas Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang selama 15 tahun di bawah kerajaan negeri DAP itu jelas menunjukkan sikap berpura-puranya selepas keluar daripada parti.

Beliau mempersoalkan tindakan Ramasamy yang tidak melakukan gesaan sama ketika bekas Setiausaha Agung yang kini Pengerusi DAP, Lim Guan Eng didakwa di mahkamah.-MalaysiaGazette









........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

Gerakan gesa sidang khas Parlimen bincang bantuan Palestin



KUALA LUMPUR – Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) menggesa supaya Persidangan khas Dewan Rakyat diadakan bagi membincangkan tindakan antarabangsa yang boleh dilakukan kerajaan bagi membantu Palestin.

Presidennya, Datuk Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai berkata, persidangan itu penting bagi mencari solusi sekaligus mencari jalan mengekang kekejaman Israel terhadap penduduk Gaza.

“Israel mengabaikan arahan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) untuk menghentikan serangan. Sebaliknya, mereka mengebom zon selamat kurang daripada 200 meter dari perkarangan Agensi Bantuan dan Kerja Raya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Rafah, hanya dua hari selepas arahan ICJ dikeluarkan.” katanya menerusi kenyataan.

Menurut Dominic, bantuan kemanusiaan kepada Palestin tidak memadai apabila kini kekejaman zionis semakin hari semakin melampaui batas.

Sehubungan itu, beliau mahu Ahli Dewan Rakyat perlu berbincang bagi menentukan tindakan seterusnya yang boleh diambil.

“Bantuan kemanusiaan sahaja tidak mencukupi untuk membantu rakyat Palestin yang terperangkap, Malaysia perlu mengetuai pertuduhan dan membawa komuniti ASEAN bersama-sama untuk mengutuk serangan Rafah dan perhimpunan bagi sekatan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) terhadap Israel,” tambahnya.

Israel menyerang dari udara khemah penduduk di Rafah iaitu satu-satunya tempat berlindung sehingga mengakibatkan sekurang-kurangnya 200 orang terbunuh secara tragis.

Israel memberi alasan kononnya serangan itu berdasarkan risikan untuk menghapuskan ketua kumpulan pejuang Hamas.-MalaysiaGazette




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

Rakyat tak lupa janji PM untuk turunkan harga minyak – Hamzah



KUALA LUMPUR – Rakyat tidak lupa janji Perdana Menteri untuk menurunkan harga minyak sebelum beliau berkuasa, kata Ketua Pembangkang.

Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, kegagalan menunaikan janji itu tidak dapat ditutup dengan retorik dan serangan politik semata-mata.

Beliau berkata demikian dalam hantaran di media sosialnya hari ini.

Ahli Parlimen Larut yang juga Setiausaha Agung Bersatu itu dipercayai merujuk kepada kempen dan janji Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam beberapa kempen pilihan raya umum lalu.

Terdahulu dalam hantaran media sosial Hamzah sejak semalam juga berkongsi ketua-ketua badan pimpinan Bersatu negeri-negeri menerima dokumen Arahan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu.

Surat arahan tersebut adalah untuk menghalang mana-mana ahli Bersatu daripada menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. – MalaysiaGazette





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

© all rights reserved
made with by templateszoo