NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Saman fitnah : “Saya puas hati Lokman minta maaf dan bayar seperti dipersetujui” – KJ



  • Datuk Lokman Noor Adam bersetuju memohon maaf secara terbuka dan membayar sejumlah pampasan sebagai penyelesaian susulan kes fitnah yang difailkan terhadapnya oleh bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.
  • Permohonan maaf secara terbuka oleh Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu akan disiarkan menerusi laman Facebook dan saluran YouTube kendaliannya.
  • Ia adalah sebahagian daripada syarat penyelesaian saman fitnah Khairy terhadapnya berhubung dakwaan yang dikaitkan dengan usaha vaksinasi COVID-19 oleh kerajaan di negara ini pada 2021.
  • Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini merekodkan penyelesaian secara baik di antara antara pihak terbabit dengan Lokman bersetuju membayar sejumlah pampasan yang tidak didedahkan kepada Khairy.

KUALA LUMPUR — Datuk Lokman Noor Adam bersetuju memohon maaf secara terbuka dan membayar sejumlah pampasan sebagai penyelesaian susulan kes fitnah yang difailkan terhadapnya oleh bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.

Permohonan maaf secara terbuka oleh Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu akan disiarkan menerusi laman Facebook dan saluran YouTube kendaliannya.

Ia adalah sebahagian daripada syarat penyelesaian saman fitnah Khairy terhadapnya berhubung dakwaan yang dikaitkan dengan usaha vaksinasi COVID-19 oleh kerajaan di negara ini pada 2021.

Ketika memfailkan tindakan sivil pada Januari 2022, Khairy mendakwa difitnah oleh Lokman menerusi siaran media sosial, termasuk dakwaan bahawa plaintif dikatakan bertindak melulu dan/atau tidak bertanggungjawab dalam perolehan vaksin COVID-19 untuk program vaksinasi di Malaysia.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini merekodkan penyelesaian secara baik di antara pihak terbabit dengan Lokman bersetuju membayar sejumlah pampasan yang tidak didedahkan kepada Khairy.

“Saya berterima kasih kepada Hakim (Dr John Lee Kien How @ Mohd Johan).

“Puas hati dia (Lokman) minta maaf dan akan bayar seperti mana dipersetujui,” katanya seperti dipetik Berita Harian hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita sejurus prosiding kes saman itu selesai. – The Merdeka Times



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo