NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PSB bubar, ahli dijangka sertai PDP


Presiden PSB Wong Soon Koh dan Presiden PDP Tiong King Sing (kiri) menandatangani perjanjian tahun lalu berkait penggabungan.

PETALING JAYA: Parti Sarawak Bersatu dilapor dibubarkan bagi membuka jalan kepada ahlinya secara serentak menyertai Parti Demokratik Progresif (PDP), dipimpin menteri persekutuan, Tiong King Sing.

The Borneo Post memetik sumber sebagai berkata, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) sudah meluluskan pembubaran parti itu.

Perbincangan penggabungan dua parti tersebut berjalan sejak Julai tahun lalu, dengan delegasi PSB dipercayai memberi kelulusan pembubaran parti, bulan lalu.

Laporan itu menyebut, pemimpin PSB dan ahli dialu-alukan menyertai PDP, satu daripada komponen parti pemerintah Sarawak, di majlis makan malam besar pada 6 April, di Kuching. Sekitar 1,500 ahli PSB dari seluruh Sarawak dijangka hadir.

PSB dipimpin Wong Soon Koh, dilaporkan mempunyai 80,000 ahli selain mempunyai tiga Adun, termasuk Wong mewakili Bawang Assan, Dr Johnical Rayong Ngipa (Engkili), dan Baru Bian (Ba Kelalan).

Presiden PDP Tiong adalah menteri pelancongan, seni dan budaya dan merupakan Ahli Parlimen Bintulu. Partinya adalah komponen Gabungan Parti Sarawak dan mempunyai lima Adun dan dua Ahli Parlimen.

FMT sedang mendapatkan pengesahan Tiong dan JPPM.

Visit website

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo