NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pastikan tiada salah guna kuasa pengaruhi pengundi – Dr Halimah



KUALA LUMPUR – Perikatan Nasional (PN) mengingatkan semua pihak khususnya parti kerajaan agar tidak menyalahgunakan kuasa untuk mempengaruhi pengundi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu.

Ketua Portfolio Perpaduan Negara Perikatan Nasional, Dr Halimah Ali berkata, sepatutnya semua pihak membuka ruang seluasnya kepada pengundi untuk memilih calon yang berwibawa, bersih, bermoral serta mampu menjaga kebajikan rakyat.

“Kita mengharapkan tiada penyalahgunaan kuasa oleh mana-mana pihak untuk mempengaruhi para pengundi.

“Kita yakini pengundi akan memilih calon yang berwibawa, bersih, bermoral dan mampu membela nasib dan kebajikan mereka.

“Rakyat Malaysia berbilang kaum di KKB diyakini dapat membuat keputusan dengan sebaiknya demi masa depan negara dan Selangor,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Sebelum ini, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh PRK bagi kawasan DUN N.06 Kuala Kubu Bharu pada 11 Mei ini.

Sebelum itu, kerusi DUN Kuala Kubu Bharu menjadi kosong susulan kematian Lee Kee Hiong, 58, pada 21 Mac lalu.

Dalam PRN15 Ogos tahun lepas, PN menang dua dari tiga kerusi dalam Parlimen Hulu Selangor, masing-masing DUN Hulu Bernam dan Batang Kali.

Kuala Kubu Bharu merupakan satu-satunya kerusi dimenangi PH di bawah Parlimen Hulu Selangor setelah penyandangnya mendiang Kee Hiong daripada DAP mempertahankan kerusi itu selama penggal ketiga.

Dr Halimah yang juga Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Pas Pusat dan Ahli Parlimen Kapar berharap semua pihak agar dapat berkempen secara matang dan mematuhi peraturan dan undang-undang.

“Setelah lebih 66 tahun merdeka kita mengharapkan semua pihak akan berkempen secara matang dan mematuhi segala peraturan serta undang-undang

“Beri ruang seluas-luasnya kepada rakyat para pengundi di KKB untuk menilai dan membuat keputusan.

“Biar segalanya berjalan dalam suasana muhibbah dan harmoni tanpa ada sebarang unsur paksaan atau diskriminasi,” katanya lagi. – MalaysiaGazette










........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo