NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Lee serah jawatan PM Singapura kepada Wong pada 15 Mei

Lawrence Wong telah diumumkan sebagai pengganti Lee Hsien Loong pada November 2023. (Gambar Facebook Lawrence Wong)


PETALING JAYA: Perdana Menteri Lee Hsien Loong akan menyerahkan teraju pimpinan Singapura kepada Timbalannya Lawrence Wong, pada 15 Mei ini.

Pengumuman dibuat menerusi kenyataan Pejabat Perdana Menteri (PMO) hari ini, lapor Berita Harian Singapura.

Selain menjadi pilihan Lee, Wong, 51, juga mendapat sokongan Anggota Parlimen (AP) yang sebulat suara memilih beliau sebagai calon paling sesuai mendukung jawatan perdana menteri keempat dan menerajui pasukan pemimpin generasi keempat (4G), kata kenyataan itu.

Pada November 2023, Lee, 72, mengumumkan bahawa beliau berhasrat untuk berundur sebelum pilihan raya umum 2025 dan akan digantikan Wong.

Beliau telah dilantik sebagai perdana menteri ketiga Singapura pada 12 Ogos 2004 menggantikan Goh Chok Tong.



Sumber | FMT Malaysia 





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo