NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

‘Kami hormat Zahid, hormati Anwar’, Adam tegur Akmal

Adam Adli mengingatkan Dr Akmal Saleh yang Pemuda PKR menghormati Presiden Umno Zahid Hamidi apabila berhati-hati memilih perkataan dalam memberi pandangan.


PETALING JAYA: Ketua Pemuda PKR Adam Adli mengingatkan rakan sejawatnya dari Umno Dr Akmal Saleh supaya menghormati Perdana Menteri Anwar Ibrahim sama seperti layanan baik mereka terhadap Presiden Umno Zahid Hamidi.

Adam berkata Akmal sepatutnya lebih berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan termasuk dalam isu perintah tambahan untuk bekas perdana menteri Najib Razak menjalani tahanan di rumah.

Menurutnya, mereka sentiasa menghormati Zahid dengan sentiasa berhati-hati apabila memberi pandangan walaupun dalam isu fundamental dan mengesankan.

“Apa sangat harganya untuk saudara ambil sikap yang sama terhadap presiden kami, pimpinan utama kita, perdana menteri sendiri?.

“Yang disinggung saudara itu presiden kami, perdana menteri kita semua. Mungkin saudara bukan “walanon” tetapi saudara tetap salah seorang ketua pemuda dalam gabungan parti pemerintah hari ini,” katanya di Facebook.

Adam yang juga timbalan menteri belia dan sukan mengulas tindakan Akmal menolak kenyataan Anwar sebagai berkata afidavit difailkan Zahid untuk menyokong Najib menjalani baki hukuman secara tahanan rumah, dibuat atas kapasiti sebagai presiden Umno.

“Ini bukan soal presiden parti atau kerajaan. Ini soal sama ada kerajaan mahu menjunjung titah atau sebaliknya? Rakyat mahukan penjelasan, bukan alasan,” kata Akmal di Facebooknya.

Terdahulu Anwar menegaskan bahawa kerajaan tidak akan campur tangan dalam keputusan Lembaga Pengampunan dan menegaskan bahawa titah Yang di-Pertuan Agong semasa mesyuarat lembaga adalah muktamad dan tidak boleh dicabar.

Adam berkata Akmal sepatutnya menyuarakan pandangan menerusi saluran betul sekiranya tidak berpuas hati dengan tindakan kerajaan bukan secara terbuka sehingga boleh menjejaskan hubungan kerjasama.

“Saudara ada akses luas dan penuh kepada pimpinan sendiri dan pimpinan parti rakan, termasuk perdana menteri kita. Apa pun perkara yang saudara ingin kemukakan mustahil tidak didengari, mustahil tidak dibalas.

“Mungkin saudara ada semangat tinggi untuk membela Najib; itu ikrar saudara yang kita tidak pernah larang kalau pun ada berbeza pandangan – cuma percayalah, menimbulkan suasana cenderung memulakan pergeseran sebegini tidak membantu pun dalam mencapai apa yang terbaik buat semua,” katanya.


Sumber | FMT Malaysia 




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo