NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

SPRM sahkan siasat ahli perniagaan Singapura berkait kes Daim

SPRM mengarahkan ahli perniagaan dan pemaju hartanah itu mengisytiharkan hartanya dan pegangan kewangan keluarganya.


PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan seorang ahli perniagaan dan pemaju hartanah Singapura telah dipanggil untuk membantu siasatan terhadap individu berprofil tinggi di Malaysia.

Ahli perniagaan itu juga telah diperintahkan untuk mengisytiharkan hartanya dan pegangan kewangan keluarganya.

“Saya boleh mengesahkan bahawa lebih ramai orang dijangka dipanggil untuk disoal siasat dalam masa terdekat berhubung siasatan ini,” kata Pengarah Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AML) SPRM Mohamad Zamri Zainul Abidin ketika dihubungi.

Walaupun tidak menyebut nama individu terbabit namun media melaporkan ahli perniagaan dan pemaju hartanah Akbar Khan disiasat SPRM berkait kes bekas menteri kewangan Daim Zainuddin.

Memetik sumber SPRM dan peguam berkaitan, portal berita CNA melaporkan pemegang saham utama BRDB Developments Sdn Bhd itu ditahan sementara untuk disoal siasat minggu lalu selepas rumah dan syarikatnya di Kuala Lumpur diserbu.

Akbar turut dijangka dipanggil semula untuk disoal siasat lagi bersama bekas sekutu rapatnya dalam masa terdekat.

Siasatan dilaporkan tertumpu pada pemulangan saham beku bernilai USD4 bilion (RM18.75 bilion) yang pernah tersenarai dalam Central Limit Order Book (CLOB), pasaran kaunter Singapura yang berdagang terutamanya saham Malaysia, namun kini tidak lagi berfungsi.

Selain itu, siasatan turut dijalankan berhubung urusan pertukaran pegangan saham di syarikat konglomerat Multi-Purpose Holdings Bhd (MPHB) pada akhir 1990-an dan 2000.

SPRM turut dilaporkan menyiasat pinjaman USD140 juta unit MPHB kepada firma British Virgin Islands, Eightybridge United SA dan Strykers Development Inc, yang seterusnya digunakan untuk memperoleh blok kawalan saham MPHB daripada taikun Lim Thian Kiat.

Bulan lalu, Daim didakwa gagal mengisytiharkan pemilikan 71 aset kepada SPRM, termasuk 38 syarikat, 19 bidang tanah di Selangor, Negeri Sembilan, Pahang, Kedah dan Kuala Lumpur, serta enam hartanah.

Sementera itu, isterinya, Naimah Khalid, minta dibicarakan atas tuduhan gagal mematuhi notis SPRM yang menghendaki aset diisytihar.


Sumber | FMT Malaysia 






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo