NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PRN Sabah: Sekarang bukan masa lobi kerusi, Hajiji beritahu parti komponen

Hajiji Noor berkata, semua parti komponen akan menggunakan simbol GRS pada PRN Sabah akan datang.


PETALING JAYA: Semua parti komponen dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) digesa tidak melobi kerusi tertentu untuk ditandingi pada PRN akan datang, kata Pengerusinya, Hajiji Noor.

Katanya, sekarang bukan masa untuk mana-mana pihak melobi bertanding kerana beliau mahu calon boleh menang dipilih bagi mewakili GRS.

“Kita semua akan bertanding menggunakan satu simbol, iaitu simbol GRS. Jadi, ia bukan mengenai kerusi semata-mata, tetapi apa yang kita mahukan ialah calon yang boleh menang.

“Saya harap semua pemimpin kita menggunakan kebijaksanaan mereka untuk meneruskan perjuangan untuk rakyat dan pembangunan negeri ini,” katanya menurut Sinar Harian.

Ketua menteri Sabah itu juga mahu pemimpin bahagian memperkukuhkan kerjasama di peringkat akar umbi.

Beliau berkata, penting untuk pemimpin akar umbi turun padang dan mendengar masalah rakyat untuk dibawa ke peringkat kepimpinan atasan.

“Ini penting memandangkan cabaran yang sedang kita hadapi kini.”

Tempoh DUN Sabah yang mempunyai 73 kerusi akan tamat pada Oktober 2025, namun PRN17 dijangka diadakan lebih awal, selepas Hajiji membayangkan ia mungkin diawalkan ke tahun ini.


Sumber | FMT Malaysia 


........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo