NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Penganjur beri amaran tindakan undang-undang pihak bantah konsert

Jelajah konsert Taylor Swift yang berjaya baru-baru ini di Singapura menunjukkan bagaimana acara langsung boleh merangsang ekonomi, kata Presiden Alife Rizal Kamal. (Gambar Evan Agostini/Invision/AP)


PETALING JAYA: Persatuan Penggiat Festival Antarabangsa (Alife) memberi amaran bahawa tindakan undang-undang akan diambil terhadap pihak yang membantah acara dan cuba mengganggu konsert yang diadakan di negara ini.

Kumpulan itu berkata, pihaknya menghadapi tentangan daripada kumpulan politik dan agama yang menggesa pembatalan konsert menampilkan artis yang dikaitkan dengan kegiatan dianggap “berdosa” atau menyokong komuniti tertentu.

Presiden kumpulan itu, Rizal Kamal berkata, pihaknya akan mengambil pendekatan proaktif dengan mengambil tindakan undang-undang terhadap “dakwaan tidak berasas dan tindakan diskriminasi”.

“Pendirian ini memperjuangkan kepelbagaian budaya dan hak orang ramai untuk mengakses hiburan secara bebas dalam landskap acara langsung yang dinamik di negara ini, serta hak melindungi reputasi Malaysia,” katanya dalam kenyataan.

Menegaskan bahawa acara langsung penting dalam meningkatkan reputasi antarabangsa Malaysia dan memacu pertumbuhan ekonomi, Rizal berkata, “ketidakcekapan birokrasi dan tekanan politik” mengancam potensi industri acara.

Katanya, prasarana, struktur kos dan nilai mata wang menjadikan Malaysia destinasi yang menarik untuk konsert dan pertunjukan.

Jelajah konsert Taylor Swift yang berjaya baru-baru ini di Singapura menunjukkan bagaimana acara langsung boleh merangsang ekonomi, tambahnya.

“Kita tidak boleh benarkan kumpulan tertentu menjejaskan usaha Malaysia untuk menjadi lebih berdaya saing di rantau ini, terutamanya apabila ia cuma bertujuan menaikkan kedudukan individu dan politik mereka,” katanya.

Pihak-pihak tertentu sering menggesa agar persembahan artis-artis antarabangsa seperti Blackpink, Billie Eilish, Coldplay dan Ed Sheeran di Malaysia dibatalkan.

Tahun lepas, seorang pemimpin PAS menggesa kerajaan membatalkan konsert kumpulan rock British Coldplay pada November.

Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat Nasrudin Hassan mempersoalkan sama ada kerajaan hendak menggalakkan “hedonisme dan budaya menyeleweng” di negara ini dengan membenarkan Coldplay membuat persembahan.


Sumber | FMT Malaysia 









........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo