NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Netizen bukan Islam persenda hasrat kerajaan negeri Kedah anjur solat minta hujan

Hasrat kerajaan negeri Kedah menganjurkan solat sunat Istisqa’ (solat minta hujan) ekoran masalah kemarau di negeri itu dipersendakan sebilangan netizen bukan Islam di hantaran media sosial media berbahasa Mandarin di negara ini.
Foto: Tangkap layar komen-komen tidak sensitif dan bernada sindiran kepada umat Islam di ruangan komen hantaran Facebook Kwong Wah Yit Poh.
  • Hasrat kerajaan negeri Kedah menganjurkan solat sunat Istisqa’ (solat minta hujan) ekoran masalah kemarau di negeri itu dipersendakan sebilangan netizen bukan Islam di hantaran media sosial media berbahasa Mandarin di negara ini.
  • Komen-komen tidak sensitif dan bernada sindiran kepada umat Islam itu dapat dibaca di ruangan komen hantaran Facebook Kwong Wah Yit Poh semalam mengenai berita solat Istisqa’ yang bakal dianjurkan kerajaan negeri Kedah akibat kekurangan air di empangan.
  • Berita itu menyatakan Empangan Bukit Malut di Langkawi telah mencapai tahap kritikal akibat cuaca panas dan tiada hujan.
  • “Sembahyang esok bangun tidur ada banyak duit jatuh atas katil saya,” kata netizen dengan nama Loh Kok.
  • “Orang buat hujan vs sembahyang minta hujan. Keledek balut kepala sahaja yang akan sembahyang minta hujan,” kata netizen, Wayne Ong.
  • Dalam artikel berita dikongsikan media berbahasa Mandarin itu, Exco Kerja Raya, Sumber Asli, Bekalan Air dan Alam Sekitar Kedah, Mohamad Yusoff @ Munir Zakaria dilaporkan berkata kerajaan negeri akan menganjurkan solat sunat istisqa’ besar-besaran di banyak tempat, terutama di kawasan tidak menerima hujan.
  • Solat sunat Istisqa’ adalah solat sunat dua rakaat yang dikerjakan umat Islam untuk meminta Allah swt menurunkan hujan.

KUALA LUMPUR – Hasrat kerajaan negeri Kedah menganjurkan solat sunat Istisqa’ (solat minta hujan) ekoran masalah kemarau di negeri itu dipersendakan sebilangan netizen bukan Islam di hantaran media sosial media berbahasa Mandarin di negara ini.

Komen-komen tidak sensitif dan bernada sindiran kepada umat Islam itu dapat dibaca di ruangan komen hantaran Facebook Kwong Wah Yit Poh semalam mengenai berita solat Istisqa’ yang bakal dianjurkan kerajaan negeri Kedah akibat kekurangan air di empangan.

Berita itu menyatakan Empangan Bukit Malut di Langkawi telah mencapai tahap kritikal akibat cuaca panas dan tiada hujan.

Netizen, Lee Boon Pin memberi gambaran masyarakat di luar Malaysia akan ketawa dengan tindakan itu.

“Orang putih di luar negara ketawa lagi,” kata Lee Boon Pin dalam bahasa Mandarin.

Netizen dengan nama Wesley pula seakan-akan memerli tindakan kerajaan negeri Kedah itu.

“Malaysia negara yang sememangnya menakjubkan,” kata Wesley.

Foto: Komen netizen di Facebook Kwong Wah Yit Poh.

Ada juga komen netizen yang seolah-olah memperlekehkan ibadah dilakukan umat Islam itu.

“Sembahyang esok bangun tidur ada banyak duit jatuh atas katil saya,” kata netizen dengan nama Loh Kok.

Malah ada netizen yang menggelar penganut Islam sebagai individu “balut kepala”.

“Orang buat hujan vs sembahyang minta hujan. Keledek balut kepala sahaja yang akan sembahyang minta hujan,” kata netizen, Wayne Ong.

Dalam artikel berita dikongsikan media berbahasa Mandarin itu, Exco Kerja Raya, Sumber Asli, Bekalan Air dan Alam Sekitar Kedah, Mohamad Yusoff @ Munir Zakaria dilaporkan berkata kerajaan negeri akan menganjurkan solat sunat istisqa’ besar-besaran di banyak tempat, terutama di kawasan tidak menerima hujan.

Solat sunat Istisqa’ adalah solat sunat dua rakaat yang dikerjakan umat Islam untuk meminta Allah swt menurunkan hujan.

Secara harfiah (terjemahan perkataan demi perkataan), “Istisqa” bermaksud meminta siraman air.

Tiga hari sebelum solat Istisqa’ dilakukan, umat Islam terbabit diwajarkan berpuasa dan meninggalkan kezaliman serta beramal soleh.

Pada hari keempat, umat Islam akan pergi ke tempat lapang untuk solat sunat Istisqa’ di mana solat itu akan diiringi dengan dua khutbah selepas solat. – The Merdeka Times

Sumber: Kwong Wah Yit Poh


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo