NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Muda jadi blok ketiga ‘dalam dan luar Parlimen’

Sabtu lalu PN berkata ia akan mengadakan jelajah ke seluruh negara untuk mengetengahkan pelbagai isu dan Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman akan mengambil bahagian. (Gambar Bernama)


PETALING JAYA: Selepas timbul tanda tanya mengenai Ahli Parlimen Muda Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengambil bahagian dalam jelajah bersama Perikatan Nasional (PN), parti itu kini berkata ia komited untuk berfungsi sebagai “blok ketiga di dalam dan luar Parlimen”.

Syed Saddiq, Ahli Parlimen Muar, adalah wakil tunggal Muda di Dewan Rakyat.

Dalam kenyataan, Muda berkata parti itu akan terus menjadi suara rakyat yang menekankan isu seperti kos sara hidup, peruntukan adil untuk semua Ahli Parlimen dan reformasi institusi yang masih tidak terlaksana.

“Muda sebulat suara, memberikan komitmen sebagai blok ketiga dalam dan luar Parlimen dan akan terus menjadi semak dan imbang kepada kedua-dua blok utama dalam politik Malaysia.

“Isu penyertaan Muda dalam acara yang tular telah pun dijawab oleh pimpinan Muda,” katanya.

Muda turut mengingatkan semua pihak tidak sewenang-wenang mengeluarkan kenyataan yang “melangkaui” keputusan parti.

“Sebarang pengumuman berkaitan Muda dan pimpinan hanya akan dibuat melalui platform rasmi parti,” katanya.

Rabu lalu, Pemangku Presiden Muda, Amira Aisya Abd Aziz, berkata beliau dan Syed Saddiq terkejut dengan pengumuman Pengerusi PN Muhyiddin Yassin mengenai rancangan gabungan berkenaan menjelajah ke seluruh negara bagi memberi penerangan mengenai isu semasa dengan disertai pengasas Muda itu.

Katanya, kepimpinan parti akan bertemu Syed Saddiq untuk membincangkan perkara itu.

Muda sebelum ini menafikan akan terlibat dalam jelajah itu, dengan Setiausaha Agung Amir Hadi berkata penyertaan dalam inisiatif PN tidak pernah dibincangkan oleh exco parti.


Sumber | FMT Malaysia 






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo