NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Lebih 13,000 kanak-kanak terbunuh di Gaza

GAZA: Agensi Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memaklumkan lebih 13,000 kanak-kanak terbunuh dalam serangan di Gaza.

Pengarah Eksekutif Tabung Kanak-Kanak (PBB) UNICEF, Catherine Russell berkata ribuan mangsa lagi tidak diketahui nasib mereka samada mangsa terperangkap di bawah runtuhan bangunan atau kanak-kanak yang mengalami kecederaan bertarung nyawa meneruskan hidup.

Russell turut menyifatkan situasi di wad kanak-kanak yang menderita kerana anemia teruk akibat kekurangan zat menyaksikan keseluruhan wad sunyi sepi susulan kanak-kanak berkenaan tidak lagi berdaya untuk menangis.

Berdasarkan data terkini UNICEF, seorang dalam setiap tiga kanak-kanak berusia bawah dua tahun di utara Gaza mengalami kekurangan zat yang teruk dan diancam kebuluran. – REUTERS

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo