NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kerajaan cuba kongkong media yang bebas?




KUALA LUMPUR:
 Kerajaan dilihat mengongkong kebebasan media berikutan penguatkuasaan kod etika kewartawanan yang memberi kesan kepada pemberian atau penarikan kad perakuan media.

Datuk Wan Saifulruddin Wan Jan (PN-Tasek Gelugor) berkata, terdapat banyak kritikan kalangan wartawan dan juga Ahli Parlimen apabila kod etika ini dilancarkan tanpa mengetahui proses penggubalan.

“Soalan saya, saya mohon YB Menteri pertama sekali kena recognize (mengenali) bahawa ada banyak kebimbangan di luar sana mengenai kebebasan media di dalam negara kita hari ini.

“Dan saya mohon YB Menteri beri jaminan bahawa pelaksanaan kod etika ini apabila ditubuhkan Majlis Media Malaysia nanti. Alangkah baiknya kalau ia boleh dimansuhkan dan dibiarkan, diserahkan kepada majlis itu sendiri untuk merangka supaya industri boleh self regulate (mengawal sendiri).

“Dan di waktu yang sama, saya mohon jaminan daripada YB Menteri bahawa pemberian kad perakuan media ini akan dilakukan secara adil tanpa politik kepartian dan bukan semata-mata sebab mereka bersetuju atau tidak bersetuju dengan kerajaan. Bagaimana menteri nak memberi jaminan itu?” soal beliau.

Beliau menyatakan demikian ketika mengemukakan soalan tambahan kepada Menteri Komunikasi pada sesi Pertanyaan-pertanyaan Bagi Jawapan Lisan di Dewan Rakyat, Parlimen, di sini sebentar tadi.

Menteri Komunikasi, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil dalam jawapannya memberitahu, bahawa kad perakuan media telah mula diberikan sejak tahun 1995 dan apabila disemak balik kod etika kewartawanan Malaysia MPI adalah dibuat pada tahun 1989, dan sudah berusia 35 tahun yang mana memerlukan penambahbaikan.

Menurut beliau, setelah dibuat sesi libat urus bersama beberapa pihak termasuk MPI, National Union of Journalist Malaysia, telah dibuat persetujuan dan pihak Jabatan Penerangan mendapat maklum balas untuk menambah baik dokumen tersebut.

“Itulah dokumen yang dilancarkan. Tapi ingin saya jelaskan kod ataupun kad perakuan media ni bukanlah lesen untuk wartawan bertugas. Bidang kewartawanan bukan seperti bidang kedoktoran ataupun arkitek ataupun peguam, bukan badan profesional dari erti mempunyai akta tersendiri, bukan.

“Jadi, kad perakuan media diberikan kepada para wartawan, oleh Jabatan Penerangan, khusus supaya memudah cara agensi-agensi kerajaan mengenal pasti bahawa wartawan-wartawan ini adalah daripada agensi.

“Ataupun organisasi media yang diperakui untuk hadir membuat pelaporan di acara-acara rasmi kerajaan ataupun untuk wartawan yang ingin membuat pelaporan dan hadir ke Parlimen, mereka memerlukan satu dokumen.

“Dan pihak Parlimen merujuk kepada kad perakuan media Jabatan Penerangan. Kalau tidak ada kad perakuan media tidak bererti wartawan tidak boleh bertugas. Ya jadi saya nak jelaskan di sini ya.

“Dia bukanlah satu dokumen untuk mengongkong ataupun mengurung ataupun menafikan hak para wartawan untuk bertugas. Cuma kalau nak hadir ke acara-acara rasmi membuat pelaporan on site di tempat acara bagi kerajaan acara kerajaan maka itulah dokumen untuk memudah cara kehadiran mereka,” kata beliau.

Wan Saifulruddin dalam soalan asalnya meminta dinyatakan rasional penggubalan Kod Etika Wartawan baharu yang diumumkan pada 20 Februari yang lalu mengambil kira implikasi hak kebebasan media serta kerangka kawal selia media secara menyeluruh. – HARAKAHDAILY 12/3/2024



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo