NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Jangan salah guna kuasa sekat kebebasan rakyat



KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak boleh menyalahgunakan kuasa untuk menyekat hak kebebasan rakyat yang sah, melainkan mereka melakukan kesalahan di sisi undang-undang, kata Pengerusi PERIKATAN NASIONAL (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Katanya, Kerajaan Madani berkemungkinan telah menyedari bahawa mereka sedang berhadapan dengan masalah defisit amanah rakyat yang agak kronik.

“Mereka tak mahu rakyat mengkritik kerajaan kerana kelemahan-kelemahan mereka sendiri dan menjadikan mereka semakin tak popular.

“Oleh kerana itu, akhir-akhir ini, media sosial dikawal ketat sebagai contoh, video TikTok Ahli Parlimen Putrajaya, Dr Radzi Jidin mengenai kejatuhan nilai ringgit.

“Video ‘memang tajam dan pedas’ sehingga mencapai jutaan tontonan disekatnya, tapi sekat macam mana pun masih boleh keluar lagi,” katanya semasa menyampaikan ucap utama pada Konvensyen Wakil Rakyat PN di Hotel Sunway Putra, di sini, hari ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pagoh berkata anggota kerajaan sekarang yang terdahulu berada di blok pembangkang paling lantang memperjuangkan kebebasan media, melakukan demokrasi dan hak asasi manusia. 

“Kenapa bila jadi kerajaan, mereka dengan rakusnya menggunakan kuasa untuk menyekat kebebasan? Ternyata, mereka semua hipokrit.

“Ketika saya menjadi Perdana Menteri, bermacam-macam tohmahan mereka lemparkan terhadap saya dan kerajaan PN.

“Tidak pernah sekali pun saya mengarahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) atau platform TikTok untuk menyekat video atau posting rakyat di media sosial, tidak sekali-kali kita buat begitu,” ujarnya.

Sehubungan itu, katanya, PN mempunyai prinsip tersendiri dalam pentadbiran kerana kerajaan mempunyai kuasa yang dihadkan oleh undang-undang.

“Kita tidak bercakap berdegar-degar tentang demokrasi, tetapi kita mengamalkan demokrasi.

“Mereka bercakap berdegar-degar tentang demokrasi, tetapi mengamalkan autokrasi, seperti ayam berkokok berderai-derai, tetapi ekornya bergelumang dengan najis,” katanya. – HARAKAHDAILY 9/3/2024



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo