NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Hospital Dungun dijangka beroperasi Ogos depan



KUALA LUMPUR: Hospital Dungun yang tertangguh sekian lama dijangka akan beroperasi secara berperingkat mulai Ogos 2024.

Ahli Parlimen Dungun, Wan Hassan Mohd Ramli berkata beliau menerima jawapan secara bertulis daripada Timbalan Menteri Kesihatan, Lukanisman Awang Sauni semalam.

“Alhamdulillah kita telah mendapat maklum balas daripada Kementerian Kesihatan Malaysia berkenaan status pembinaan Hospital Baru Dungun.

“Menerusi surat berkenaan, juga Lukanisman memaklumkan, Jabtan Kerja Raya (JKR) telah melantik kontraktor penyelamat dan sehingga 15 Februari 2024 kemajuan fizikal projek telah mencapai 89 peratus berbanding jadual 87 peratus iaitu mendahului jadual sebanyak dua peratus, projek ini dijadualkan siap pada 2 Mei 2024,” katanya.

Wan Hassan berharap dengan tarikh baru ini, Hospital Dungun dapat beroperasi dengan sepenuhnya. – TRDI.my




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo