NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Wanita tergamak tinggal anak kecil sendirian 10 hari

COLUMBUS, OHIO – Seorang wanita di negeri Ohio mengaku bersalah meninggalkan anak perempuannya yang berusia 16 bulan sendirian di rumah selama 10 hari untuk pergi bercuti, lapor portal berita Independent.

Kristel Candelario, 32, juga mengaku bersalah atas tuduhan membahayakan kanak-kanak. Tertuduh berdepan hukuman penjara seumur hidup menjelang perbicaraan pada 18 Mac 2024.

Menurut pihak berkuasa, Candelario meninggalkan anak perempuannya, Jailyn di rumah mereka di bandar Cleveland untuk pergi bercuti di Detroit dan Puerto Rico pada Jun 2023.

Apabila pulang ke rumah 10 hari kemudian, dia menemui bayinya dalam keadaan tidak bernafas di dalam playpen atau laman permainan budak sebelum menghubungi talian kecemasan. 

Petugas kecemasan mendapati kanak-kanak itu mengalami dehidrasi melampau dan disahkan meninggal dunia sejurus selepas mereka tiba.

Bedah siasat oleh pejabat pemeriksa perubatan Daerah Cuyahoga mengenal pasti bahawa kanak-kanak itu meninggal dunia akibat kebuluran dan dehidrasi teruk. – AGENSI


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo