NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pasca keputusan Nik Elin, adakah kesalahan undang-undang jenayah Mahkamah Anak Negeri Sabah dan Sarawak juga bakal dicabar?




Berdasarkan penghakiman majoriti Mahkamah Persekutuan pada 9.2.2024 lalu, Mahkamah mengisytiharkan bahawa 16 peruntukan di dalam Enakmen Jenayah Syariah Kelantan 2019 telah diisytiharkan batal dan tidak sah kerana undang-undang tersebut merupakan di bawah senarai Persekutuan sekaligus menyatakan bahawa Badan Perundangan Negeri tidak mempunyai kuasa untuk membuat undang-undang tersebut.

Berdasarkan penghakiman majoriti Mahkamah Persekutuan pada 9.2.2024 lalu, Mahkamah mengisytiharkan bahawa 16 peruntukan di dalam Enakmen Jenayah Syariah Kelantan 2019 telah diisytiharkan batal dan tidak sah kerana undang-undang tersebut merupakan di bawah senarai Persekutuan sekaligus menyatakan bahawa Badan Perundangan Negeri tidak mempunyai kuasa untuk membuat undang-undang tersebut.

Satu persoalan menarik pasca keputusan tersebut adalah sama ada Kaedah-Kaedah Mahkamah Anak Negeri (Undang-Undang Adat Anak Negeri) 1995 bakal diisytiharkan tidak sah sebagai contoh;

BIL MAHKAMAH ANAK NEGERI MAHKAMAH SIVIL  
Kaedah 4: 

Menyebabkan kecederaan

Seksyen 321 Kanun Keseksaan: 

Dengan sengaja menyebabkan cedera

 
2Kaedah 6: 

Bangkitan Marah 

Seksyen 504 Kanun Keseksaan: 

Dengan sengaja mengaibkan dengan niat hendak membangkitkan pecah keamanan

 
3Kaedah 8: 

Perbuatan sumbang kadim (adat sumbang). 

Seksyen 376A Kanun Keseksaan: 

Sumbang mahram 

 
4Kaedah 9: 

Persetubuhan di antara sanak saudara. 

Seksyen 376A Kanun Keseksaan: 

Sumbang mahram 

 

Sekiranya benar pertindanan undang-undang yang sudah ada di peringkat undang-undang persekutuan dan Kaedah-Kaedah Mahkamah Anak Negeri, maka Keputusan Nik Elin secara jelas akan mengikat dan memperkecilkan kuasa Mahkamah Syariah dan Mahkamah Anak Negeri kelak? — The Merdeka Times

Penulis adalah Setiausaha Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM).

Penafian: Artikel yang disiarkan The Merdeka Times ini adalah pandangan peribadi penulis. Ia tidak semestinya menggambarkan pendirian Editorial The Merdeka Times dalam isu yang dikupas.


Sumber | The Merdeka Times




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo