NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

LZS tampil perjelas ke mana duit zakat RM1.05 bilion diagih

LZS memberi pencerahan bagi menjawab isu dibangkitkan terhadap agensi itu.

SHAH ALAM - Lembaga Zakat Selangor (LZS) tampil memberi pencerahan berkenaan isu tular membabitkan beberapa dakwaan terhadap agensi tersebut bagi menjernihkan kekeliruan.

Mengenai dakwaan ke mana hasil kutilan zakat RM1.05 bilion, LZS menjelaskan, hasil kutipan zakat boleh dirujuk di https://laporanlzs.zakatselangor.com.my/.

"Pautan ini menyatakan secara jelas hasil kutipan, agihan dan perbelanjaan yang menyaksikan jumlah kutipan zakat ialah RM1.07 bilion manakala agihan sebanyak RM1.05 bilion.

"Kami percaya angka yang disebut pihak terbabit merupakan jumlah kutipan zakat bagi tahun 2022 memandangkan laporan zakat bagi tahun 2023 belum dipaparkan secara rasmi kerana masih di peringkat semakan audit," katanya menerusi perkongsian di Facebook pada Ahad.

Bagi dakwaan asnaf di Selangor hanya 63,000 orang, LZS berkata, jumlah asnaf dibantu melebihi daripada angka tersebut.

"Untuk makluman jumlah asnaf dan fakir miskin yang dibantu sudah melebihi 61,000 keluarga.

"Jumlah tersebut juga tidak termasuk isteri, anak-anak dan juga tanggungan lain.

"Maka angka 63,000 orang itu semestinya kurang dari jumlah yang telah kami capai," jelas perkongsian tersebut.

Hantaran sama turut memberi penjelasan berkait dakwaan pegawai LZS tidak turun padang.

"Skuad Saidina Umar di bawah Lembaga Zakat sentiasa bersedia 24 jam sehari bagi melebar lagi bantuan kepada para mustahiq, tanpa mengira di mana jua mereka berada.

Sumber asal | SHarian

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo