NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

KENYATAAN MEDIA PERSATUAN PEGUAM-PEGUAM MUSLIM MALAYSIA (PPMM) BERKENAAN KEPUTUSAN KES NIK ELIN ZURINA NIK ABDUL RASHID OLEH MAHKAMAH PERSEKUTUAN PADA 9 FEBRUARI 2024





Berdasarkan kepada keputusan oleh Mahkamah Persekutuan seramai (9) Sembilan hakim pada 9 Februari 2024 telah memutuskan secara majority (8-1) berkenaan cabaran undang-undang oleh pihak pempetisyen iaitu Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid ke atas Dewan Undangan Negeri Kelantan yang telah memutuskan bahawa Badan Perundangan Negeri Kelantan yang meluluskan beberapa senarai kesalahan termaktub di dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019 adalah tidak sah dan dibatalkan.


Berdasarkan kepada keputusan ini, PPMM menerima keputusan oleh panel hakim tersebut namun menegaskan bahawa beberapa tindakan segera perlu dilakukan oleh pihak-pihak bekepentingan demi menjaga kemaslahatan umat islam di Malaysia. 

PPMM menegaskan bahawa daripada keputusan kes ini ianya jelas menunjukkan bahawa telah memberi impak besar kepada kuasa negeri di bawah sultan dan/atau raja khusus di dalam cabaran yang dikemukakan iaitu penafsiran punca kuasa di dalam membuat undang-undang jenayah di Malaysia. PPMM juga menggesa pihak kerajaan melalui cabang legislatif untuk melakukan tindakan segera di dalam membuat sebarang pindaan-pindaan yang wajar di dalam undang-undang bagi memastikan kuasa negeri dapat dikekal dan/atau ditambah baik dalam hal ehwal agama islam bagi mengelakkan kelompongan di dalam bidangkuasa sedia ada. 

Tambahan pula, PPMM menggesa tindakan yang lebih efektif untuk dilakukan oleh melalui Jawatankuasa Mengkaji Kompetensi Dewan Undangan Negeri Untuk Menggubal Undang-Undang Islam di dalam memberikan syor yang terbaik kepada pihak kerajaan di dalam memastikan tiada pertindihan kuasa negeri khusus berkenaan hal ehwal islam dapat diselesaikan. Syor-syor ini diharapkan dapat memberi manfaat kepada umat islam di dalam mengamalkan ajaran islam dan dilaksanakan dengan kadar segera dan menutup ruang cabaran undang-undang seperti ini pada masa akan datang. 

PPMM percaya pelbagai usaha yang jitu perlu dilakukan oleh semua pihak yang berkepentingan di dalam memastikan kuasa negeri khusus berkenaan hal ehwal agama islam dapat dipelihara dan menggesa usaha-usaha tersebut dapat dilaksanakan melalui kuasa yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan demi mengarusperdanakan syariah.


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo