NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Isham Jalil percaya ‘Bossku’ dapat pulihkan UMNO

Najib Razak akan dibebaskan pada 23 Ogos 2028 apabila hukuman penjaranya dikurangkan kepada enam tahun. 


PETALING JAYA: Seorang bekas pemimpin Umno percaya detik parti itu akan pulih daripada apa yang dikatakan “hala tuju tak betul” bawah pimpinan Presiden Zahid Hamidi semakin hampir, apabila tempoh pemenjaraan bekas presiden Najib Razak dipendekkan.

Bekas ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Isham Jalil, percaya pengalaman dan pengetahuan yang Najib miliki akan beri kesan besar pada pemulihan Umno kelak, apabila dibebaskan empat tahun lagi.

“Untuk memulihkan Umno memang kita kena keluarkan ‘Bossku’, sebab saya yakin ‘Bossku’ akan bagi impak yang besar pada pemulihan Umno,” katanya kepada FMT, sambil menggunakan gelaran yang dikaitkan dengan Najib.

Isham percaya Najib akan boleh memulihkan keyakinan akar umbi “dan keyakinan kerajaan pada Umno”.

“Saya memang nak Umno dipulihkan walaupun saya bukan lagi ahli,” katanya.

Isham yang juga bekas pegawai Najib dipecat Umno Disember lalu atas alasan masalah disiplin, di sebalik kritikan terhadap kepimpinan Zahid termasuk berhubung kerjasama dengan DAP pada pilihan raya.

Beliau merasakan Najib akan boleh menasihatkan Zahid apabila dibebaskan kelak.

“Dia dah bawa Umno pada hala tuju yang tak betul sebab itu kita kehilangan banyak sokongan. Saya rasa Zahid akan dengar cakap ‘Bossku’,” katanya.

Isham juga percaya akar umbi tentu mahu Najib bergerak aktif dalam Umno.

Terdahulu, Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan mengumumkan hukuman penjara 12 tahun ke atas Najib dipendekkan kepada enam tahun manakala denda RM210 juta dikurangkan kepada RM50 juta.

Menurutnya, Najib akan dibebaskan pada 23 Ogos 2028, bagaimanapun jika gagal membayar denda baharu itu tempoh pembebasannya dilanjutkan kepada 23 Ogos 2029.

Pada 28 Julai 2020, Najib disabit oleh Mahkamah Tinggi kerana salah guna kuasa, pengubahan wang dan pecah amanah jenayah dalam kes SRC International, melibatkan dana berjumlah RM42 juta.


Sumber | FMT Malaysia 





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo