NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Dokumen Lembaga Pengampunan bukan sulit, kata peguam Najib

Peguam Shafee Abdullah menunjukan wartawan surat yang mempunyai cop Agong, pada 7 Feb lalu.


KUALA LUMPUR: Dokumen berkaitan keputusan Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan mengurangkan hukuman penjara dan denda Najib Razak bukannya sulit, kata peguam bekas perdana menteri itu Shafee Abdullah.

Shafee berkata beliau hanya menunjukkan kepada wartawan surat dengan cop Agong sebelum ini kerana beliau tidak dapat kebenaran Najib untuk mendedahkan kandungan dokumen itu.


“Bukan kerana ia (dokumen) sulit. Ia dokumen awam. Cuma saya tidak mendapat izin anak guam,” kata Shafee dalam satu forum hari ini bertajuk “Justice and Mercy: A Forum on Reforms to the Pardons Board in Malaysia”.

Kata Shafee, adalah salah untuk menyatakan bahawa dokumen itu sulit.

Pada 2 Feb lalu, Lembaga Pengampunan mengurangkan hukuman penjara Najib daripada 12 tahun kepada enam tahun dan denda RM210 juta dikurangkan kepada RM50 juta.

Najib, disabit bersalah Mahkamah Tinggi pada Julai 2020 atas tuduhan salah guna kuasa, pecah amanah jenayah, dan pengubahan wang.

Beliau menjalani hukuman penjara pada 23 Ogos 2022 selepas Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan menolak rayuannya. Beliau memfailkan petisyen pengampunan 10 hari kemudian.


Sumber | FMT Malaysia




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo