NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

SPRM tolak permintaan, tetap mahu dakwa esok, kata Naimah

Naimah Khalid berkata beliau akan lawan tuduhan terhadapnya


PETALING JAYA: Isteri kepada Daim Zainuddin berkata beliau meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendakwanya pada Rabu dan bukannya esok, namun ditolak.

Naimah Khalid berkata beliau berharap pendakwaan dilakukan pada Rabu, iaitu selepas bekas menteri kewangan itu selesai jalani prosedur perubatan.

“Tetapi ini ditolak. Mereka bertegas mahu dakwa saya esok.

“Saya akan lawan tuduhan ini,” katanya dalam kenyataan.

Naimah juga berkata pasukan dari SPRM mahu merakam keterangan di hospital di mana Daim dirawat, walaupun keterangan telah dirakam pada 10 Jan lalu.

“Padahal saya telah beri jaminan akan beri kenyataan selepas prosedur perubatan suami saya selesai pada Selasa,” katanya.

Naimah akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok.

Menurut sumber, beliau akan didakwa mengikut Seksyen 36 Akta SPRM kerana gagal mematuhi notis daripada badan antirasuah itu.

Naimah menghadapi hukuman penjara sehingga lima tahun dan denda maksimum RM100,000, jika sabit kesalahan.

Difahamkan, bekas peguam cara negara, Yusof Zainal Abiden, akan mewakilinya.

Daim disiasat SPRM berdasarkan maklumat Kertas Pandora, yang mengaitkan beberapa tokoh terkemuka Malaysia dengan kawasan perlindungan cukai luar pesisir.

Awal bulan ini, badan antirasuah itu memanggil Naimah dan anak lelakinya, Amir Zainuddin serta Amin Zainuddin untuk disoal berkait maklumat mengenai aset milik keluarga mereka.

Dalam kenyataan susulan, SPRM berkata notis dikeluarkan terhadap Daim mengikut Seksyen 36(1)(a) Akta SPRM 2009, pada 7 Jun 2023. Keluarganya juga dikenakan notis bawah Seksyen 36(1)(b) akta sama.

Daim dan keluarganya memfailkan permohonan semakan kehakiman di mahkamah untuk mencabar siasatan SPRM, yang menurut mereka tidak mengikut Perlembagaan.


Sumber | FMT Malaysia 







........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo