Serangan udara, darat dan laut Israel telah memusnahkan kira-kira 70 peratus infrastruktur awam di Semenanjung Gaza sejak 7 Oktober. Foto AFP |
LONDON - Lebih 90,000 orang iaitu kira-kira empat peratus daripada penduduk di Gaza maut, cedera atau hilang, menurut Pemantau Hak Asasi Manusia Euro-Med pada Jumaat.
Agensi kemanusiaan yang berpangkalan di Geneva itu menjelaskan bahawa serangan udara, darat dan laut Israel telah memusnahkan kira-kira 70 peratus infrastruktur awam di Semenanjung Gaza sejak 7 Oktober.
Agensi itu mendakwa Israel menjadikan Semenanjung Gaza sebagai kawasan tidak boleh didiami, lapor Agensi Anadolu.
Beratus-ratus mayat masih berada di jalan raya, terutamanya di kawasan tentera Israel melakukan pencerobohan darat."Israel mendorong pengusiran ratusan ribu orang awam secara paksa,” menurut kenyataan Euro-Med.
Serangan Israel adalah 'percubaan jelas' untuk meluaskan wilayahnya merangkumi seluruh Semenanjung Gaza dengan melanggar undang-undang antarabangsa, 'merangkumi kemungkinan jenayah perang, jenayah terhadap kemanusiaan, dan pembunuhan beramai-ramai'.
Merujuk kepada laporan bahawa Israel melarang bekalan kemanusiaan daripada memasuki Semenanjung Gaza dengan lebih kerap, Euro-Med mendakwa Israel menggunakan 'kebuluran sebagai senjata'.
Ia mengulangi tuntutan agar pelapor khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan pendakwa Mahkamah Jenayah Antarabangsa untuk menyiasat 'pelanggaran yang telah didokumenkan secara meluas sejak Israel memulakan pembunuhan beramai-ramai ke atas Gaza'.
Israel telah melancarkan serangan udara dan darat tanpa henti di Semenanjung Gaza sejak 7 Oktober, membunuh sekurang-kurangnya 22,600 rakyat Palestin manakala 57,910 yang lain cedera. - Bernama
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment