NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Segerakan undang-undang, akta kawal selia kebajikan p-hailing



SHAH ALAM - Kerajaan perlu segera mengenakan undang-undang atau akta yang dapat mengawal selia kebajikan pekerja p-hailing.

Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Mohd Effendy Abdul Ghani berkata, proses penyelarasan peraturan dan penetapan undang-undang khusus dapat memberikan panduan lebih jelas kepada industri.

Selain itu, katanya, ia bagi memastikan perlindungan mencukupi untuk pekerja di dalam ekonomi gig.

“Serta-merta mengambil tindakan selepas pertemuan antara Perdana Menteri dan syarikat p-hailing menunjukkan keazaman untuk menangani isu-isu ini.

“Penting juga untuk melibatkan perwakilan pekerja dan pihak berkepentingan lain dalam proses penyusunan undang-undang untuk memastikan keadilan dan kesetaraan dalam penyediaan atau pelaksanaan polisi berkaitan.

“Cadangan ini dapat memberikan landasan undang-undang yang stabil untuk menyokong kebajikan dan hak pekerja p-hailing di Malaysia,” katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Mohd Effendy berkata, kerajaan juga boleh mengambil beberapa langkah dalam menangani isu yang dihadapi pekerja p-hailing termasuk melalui dialog dan perundingan melibatkan semua pihak berkepentingan.

“Pertama, memastikan adanya mekanisme pengawasan dan penguatkuasaan efektif supaya penyedia perkhidmatan patuh terhadap peraturan ditetapkan.

“Kedua, memberikan latihan dan pendidikan kepada pekerja p-hailing untuk meningkatkan keterampilan mereka dan memahami hak serta tanggungjawab mereka.

“Seterusnya, mendorong inovasi dalam teknologi untuk meningkatkan syarat pekerja dan memberikan fleksibel tanpa mengorbankan hak dan keamanan pekerja,” ujarnya.

Tambah beliau, kerajaan boleh mempertimbangkan beberapa saranan lain seperti perancangan sosial, transparensi dalam kadar bayaran, kesetaraan hak, pendidikan kesedaran, kerjasama dengan industri.

“Di samping itu, kerajaan juga boleh mendorong pekerja p-hailing untuk mengakses peluang perniagaan mereka sendiri, memberikan dorongan kepada kecenderungan ekonomi dan keusahawanan.

“Menubuhkan satu suruhanjaya atau unit khas yang memfokuskan pada urusan pekerja p-hailing, bertanggungjawab mengumpul maklumat, menilai keperluan dan memberikan cadangan polisi serta undang-undang yang sesuai.

“Juga mengenakan program insentif atau subsidi kepada syarikat p-hailing yang memenuhi standard tertentu dalam memberikan kebajikan pekerja mereka, seperti skim insurans, cuti sakit atau peluang pembangunan pekerja,” jelasnya.


Sumber | Sinar Harian







........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo