Sabaliknya, ia adalah satu jenayah yang melibatkan pelbagai jenayah berangkai yang makin sukar untuk dihalang.
Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita negeri, Rohani Ibrahim berkata, dosa zina, rogol, curang dengan pasangan, keruntuhan keluarga, pemerdagangan wanita, adalah sebahagian rangkaian jenayah dalam lingkungan isu pelacuran.
“Masalah penderaan, kerosakan akhlak, kecelaruan keturunan, anak luar nikah, pembuangan bayi, peras ugut termasuk membawa jenayah pembunuhan adalah sebahagian rangkaian jenayah dalam lingkungan isu pelacuran ini.
“Saya difahamkan pihak selebriti tersebut telah memohon maaf atas isu yang tular tersebut dan memaklumkan ianya hanya video promo untuk tajuk perbincangan dalam siri podcast terbitan syarikatnya,” ujarnya lagi.
Namun tambahnya ia telah menjadi tular dan mengundang pelbagai respons awam dengan ketidakselesaan dalam kalangan netizen.
Katanya, isu seks bebas dan pelacuran adalah barah dalam mana-mana masyarakat di seluruh dunia.
Katanya, apa lagi dalam Islam, perbuatan zina adalah dosa besar yang akan mengundang murka Allah serta mendatangkan kemudaratan kepada sistem keluarga, keturunan dan kerukunan sosial seluruhnya.
Tambah Rohani penyelesaiannya kembali pada Islam sepenuhnya.
” Islam yang sebenar-benarnya perlu diambil dengan lengkap dan menjadi cara hidup (way of life).
“Allah yang menciptakan kita manusia dan alam seluruhnya, maka, pastilah Allah sahaja yang Maha Tahu apa yang terbaik buat kita semua.
“Buku panduan sebagai manual operasi manusia telah dibekalkan oleh Allah iaitu al-Quran dan as-Sunnah (hadis Nabi Muhammad s.a.w. dan segala tindakan Nabi) untuk kita jadikan panduan ikutan,” katanya lagi.
Tambahnya, maksiat dan jenayah ini mesti ditutup lubang-lubangnya bukan suburkannya.
Katanya, contohi Kelantan sebagaimana dasarnya yang telah diterapkan sejak awal lagi sewaktu pentadbiran almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Jelasnya, kerajaan negeri pada awal pemerintahan tahun 90-an, telah merobohkan dan menutup premis-premis pelacuran, pusat perjudian, kedai nombor ekor, pusat urut bahkan membuat peraturan kedai salon yang tidak bercampur lelaki perempuan serta peraturan kawalan hiburan kerana ingin menjaga rakyat negeri ini. – HARAKAHDAILY 10/1/2024
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment