NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Paip di Sungai Perai dikesan bocor lagi – PBAPP



GEORGE TOWN – Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) mengesahkan paip di bahagian dasar Sungai Perai di Seberang Perai bocor sekali lagi hari ini.

PBAPP berkata, impak kejadian itu mengakibatkan kira-kira 200,000 pengguna di negeri ini berdepan gangguan bekalan air mendadak.

“Kita telah mengesan kebocoran besar secara mendadak pada bahagian saluran paip bawah permukaan air 1,350 milimeter (mm).

“Buat masa ini, kita sedang berusaha mengepam air melalui saluran paip pada aliran minimum, yang mungkin membawa kepada gangguan bekalan air kepada kira-kira 200,000 pengguna di daerah Barat Daya dan beberapa kawasan di Seberang Perai.

“PBAPP juga telah mengaktifkan pelan respons kecemasan dan akan kemas kini perkembangan dari semasa ke semasa,” katanya dalam kenyataan di Facebook hari ini.

Kejadian paip bocor di bahagian dasar Sungai Perai ini merupakan insiden ketiga selepas dua kejadian paip bocor dilaporkan pada Disember 2023 dan 12 Januari lalu. – MalaysiaGazette




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo