NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kos haji naik 8%, B40 perlu bayar RM12,356

Kos menunaikan haji tahun ini meningkat kepada RM33,300 berbanding RM30,850 tahun lalu. (Gambar AP)


PETALING JAYA: Lembaga Tabung Haji (TH) mengumumkan kos menunaikan haji tahun ini meningkat 8% kepada RM33,300 berbanding RM30,850 tahun lalu.

Pengarah Urusan Kumpulan dan CEO TH, Syed Hamadah Syed Othman, berkata atas keprihatinan kerajaan, golongan B40 yang julung kali menunaikan ibadah haji hanya perlu membayar RM12,356 dan M40 sebanyak RM19,152.

“Bakal haji kumpulan B40 akan menerima bantuan kewangan haji dan bantuan kerajaan berjumlah RM20,944 seorang atau bersamaan 63% daripada kos haji.

“Bakal haji kumpulan M40 akan menerima bantuan kewangan haji berjumlah RM14,148 seorang atau 42% daripada kos keseluruhan haji,” katanya menurut Kosmo dalam sidang media hari ini.

Menurutnya, kumpulan T20 perlu membayar kos penuh RM33,300 seorang.

Beliau dipetik Berita Harian berkata, surat tawaran kepada 31,600 jemaah dikeluarkan mulai hari ini dan bakal haji perlu menjawab dalam tempoh 11 hari bekerja melalui aplikasi THiJARI.

Bagi rayuan bakal haji di luar giliran, katanya, mereka perlu membayar kos haji penuh, kecuali dua kategori, iaitu rayuan sebagai mahram dan pembantu kepada jemaah lanjut usia yang terpilih menunaikan haji.

Mengenai kenaikan kos haji, Syed Hamadah berkata, ia meliputi seluruh rantaian perkhidmatan haji, iaitu penginapan, penerbangan, sajian, visa, perkhidmatan semasa di tanah air dan Tanah Suci, operasi masyair, pengangkutan, kos pengurusan kebajikan serta kesihatan jemaah dan kos operasi lain.

Menurutnya, TH turut terdedah kepada faktor di luar kawalan seperti kenaikan kadar inflasi, cukai nilai tambah dan caj perkhidmatan di Tanah Suci.

“Walaupun berlaku kenaikan kos haji, TH tetap mencari kaedah terbaik mengimbangi usaha memberikan perkhidmatan cemerlang demi kebajikan jemaah negara, di samping mengekalkan kelestarian kedudukan kewangan TH.

“Sejak 2001, TH membelanjakan RM2.4 bilion bagi bantuan kewangan haji dan dijangka membiayai kos sebanyak RM350.1 juta bagi musim haji kali ini.”


Sumber | FMT Malaysia 





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo