NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Khianat api rumah Koo Ham: Lelaki ditahan negatif dadah



IPOH - Lelaki yang ditahan kerana disyaki melakukan khianat api di kediaman Ahli Parlimen Beruas, Ngeh Koo Ham, disahkan negatif dadah.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri ketika dihubungi Bernama berkata, keputusan itu diperoleh hasil saringan air kencing terhadap lelaki berkenaan yang ditahan pada Jumaat lepas.

Pada Jumaat, Mohd Yusri dalam kenyataan berkata, lelaki itu ditahan di kawasan Shah Alam, Selangor kira-kira 4 pagi dan direman sehingga Selasa bagi membantu siasatan.

Beliau berkata, polis turut merampas dua telefon bimbit dalam tangkapan tersebut dan semakan mendapati lelaki itu tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

Semalam, Mohd Yusri turut mengesahkan lelaki berusia 30-an itu bukan ahli mana-mana parti politik dan polis masih menyiasat motif kejadian.

Dalam kejadian awal pagi Rabu lepas, rumah Koo Ham dipercayai dilontar dengan ‘molotov cocktail’ menyebabkan kebakaran yang memusnahkan sebuah kereta miliknya, manakala dua kenderaan lagi mengalami kerosakan. - Bernama






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo