NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kerajaan perlu atasi segera isu lambakan pelarian Rohingya



  • Kerajaan digesa segera mewujudkan mekanisme atau polisi jelas untuk menangani isu dan jumlah pelarian etnik Rohingya dari Myanmar yang semakin meningkat di negara ini.
  • Pakar Undang-Undang Antarabangsa, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Madya Dr Mohd Yazid Zul Kepli, berkata Malaysia setakat ini masih tidak mempunyai mekanisme atau polisi terhadap pelarian sama ada di peringkat antarabangsa ataupun nasional.
  • “Sekiranya kerajaan terus memandang remeh dan tidak menghiraukan perkara berkenaan, isu pelarian Rohingya dalam negara ini tidak akan selesai dan dikhuatiri akan memberi implikasi kepada rakyat termasuk dari sudut keselamatan, isu sosial serta ekonomi,” katanya dipetik Berita Harian hari ini.
  • Senada dengan Mohd Yazid, pakar undang-undang antarabangsa dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Salawati Mat Basir berkata, kerajaan perlu bertindak segera menyelesaikan isu lambakan pelarian Rohingya yang mewujudkan koloni di banyak lokasi di seluruh negara.
  • Beliau berkata, lambakan etnik Rohingya itu berlaku disebabkan perasaan simpati rakyat tempatan terhadap kelompok tersebut.

KUALA LUMPUR —- Kerajaan digesa segera mewujudkan mekanisme atau polisi jelas untuk menangani isu dan jumlah pelarian etnik Rohingya dari Myanmar yang semakin meningkat di negara ini.

Pakar Undang-Undang Antarabangsa, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Madya Dr Mohd Yazid Zul Kepli, berkata Malaysia setakat ini masih tidak mempunyai mekanisme atau polisi terhadap pelarian sama ada di peringkat antarabangsa ataupun nasional.

Mohd Yazid berkata, mekanisme atau polisi itu perlu mengandungi cara menguruskan status dan kebajikan pelarian etnik minoriti dari Myanmar tersebut  yang berada di negara ini.

“Sekiranya kerajaan terus memandang remeh dan tidak menghiraukan perkara berkenaan, isu pelarian Rohingya dalam negara ini tidak akan selesai dan dikhuatiri akan memberi implikasi kepada rakyat termasuk dari sudut keselamatan, isu sosial serta ekonomi,” katanya dipetik Berita Harian hari ini.

Beliau berkata, kerajaan juga perlu melihat kemampuan ekonomi negara yang terhad ketika ini jika benar-benar mahu membawa masuk pelarian berkenaan ke Malaysia.

“Kerajaan perlu ada polisi jelas jika mahu memberikan peluang pekerjaan, jenis pekerjaan, kebajikan dan pendidikan kepada anak-anak pelarian terbabit.

“Mekanisme atau polisi itu juga perlu ada ketetapan dengan memberi kawasan khas kepada pelarian terbabit supaya tidak timbul isu keselamatan dan ketenteraman dengan penduduk tempatan,” katanya.

Senada dengan Mohd Yazid, pakar undang-undang antarabangsa dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Salawati Mat Basir berkata, kerajaan perlu bertindak segera menyelesaikan isu lambakan pelarian Rohingya yang mewujudkan koloni di banyak lokasi di seluruh negara.

Beliau berkata, lambakan etnik Rohingya itu berlaku disebabkan perasaan simpati rakyat tempatan terhadap kelompok tersebut.

“Atas sikap seperti itu menyebabkan pelarian Rohingya mudah masuk ke Malaysia dan akhirnya mereka berasa sangat selesa, selain ditambah sikap tidak peduli pelbagai pihak yang enggan menghiraukan risiko bakal dihadapi pada masa akan datang.

“Kita perlu akui tidak ada penguatkuasaan yang benar-benar tegas daripada awal ketika proses menerima masuk pelarian itu, malah banyak pihak juga dikaburidengan sifat terlalu memberi muka dan kasihan kepada etnik Rohingya terbabit,” katanya.

Salawati berkata, kerajaan atau mana-mana pihak berkaitan tidak seharusnya hanya menubuhkan jawatankuasa menangani isu terbabit, sebaliknya tindakan segera mewujudkan mekanisme atau polisi jelas perlu dibuat bagi menyelesaikan lambakan pelarian Rohingya yang semakin tidak terkawal dalam negara ini. — The Merdeka Times



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo