NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Isu penunggang GrabFood akan dibawa ke Dewan Rakyat

Wan Ahmad Fayhsal (tengah) turun padang menyertai protes Kempem Grab Blackout di di Ibu Pejabat Grab di Axis Business Campus, Seksyen 51A, Petaling Jaya, Selangor, pada hari ini, 19 Jan 2024. (FOTO: HARAKAHDAILY/Muhammad Zharif Zulkiflee).



PETALING JAYA: “Saya juga turut bersama-sama penunggang-penunggang GrabFood dalam menuntut keadilan yang sewajarnya.”

Itu kata-kata yang diungkapkan oleh Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad ketika ditemui turut serta dalam Protes Grab Blackout yang diadakan di luar Ibu Pejabat GrabFood di Axis Business Campus, Seksyen 51A, di sini hari ini.

Beliau menyatakan tindakan yang dilakukan oleh syarikat GrabFood adalah amat tidak wajar kerana melayan penunggang-penunggang GrabFood seperti hamba.

Tambahnya, masalah sebegini tidak akan terjadi sekiranya syarikat tersebut tidak mengurangkan bayaran asas yang sepatutnya.

“Sepatutnya syarikat GrabFood  perlu bertindak adil dengan mereka semua kerana mereka telah mengambil pelbagai risiko dalam mencari rezeki,” tegasnya kepada HarakahDaily.

“Syarikat Grab terus berani melakukan perkara sedemikian sekiranya kerajaan sendiri tidak campur tangan dalam masalah ini,” katanya

Menurut beliau, perkara sebegini telah pun mengundang kemarahan penunggang-penunggang GrabFood  itu sendiri kerana mereka juga terkesan dengan masalah ekonomi yang sedia ada termasuklah kenaikan kos sara hidup.

“Maka,saya akan bawa isu ini dalam Dewan Rakyat kerana kehidupan mereka berhak untuk dibela dan mereka juga sudah teruk terkesan dengan inflasi negara ini,

“Apabila dalam Parlimen Dewan Rakyat yang akan berlangsung dalam masa yang terdekat maka saya sendiri akan minta mereka menjawab soalan mengenai isu ini dan sekiranya mereka cuba mengelak maka mereka sendiri akan dikenakan hukuman undang-undang,” tegasnya.

Beliau juga tidak mahu membiarkan isu sebegini terus berpanjangan memandangkan penunggang-penunggang GrabFood hanya inginkan keadilan yang sewajarnya bagi melangsungkan kehidupan.

Fahysal turut mempersoalkan tindakan syarikat GrabFood melakukan sedemikian kerana syarikat tersebut seharusnya mempunyai pengetahuan yang amat luas mengenai keadaan ekonomi rakyat.

Kata beliau, tidak ada sedikitpun alasan untuk syarikat tersebut tidak mengetahui perkara-perkara sedemikian sebelum mengambil keputusan sebegini.

“Apa pun saya akan bawa isu ini ke Dewan Rakyat dan saya akan terus bersama-sama mereka supaya suara mereka dapat didengari oleh setiap ahli parlimen.

“Lagipun saya kasihan melihat keadaan mereka kerana telah banyak mengambil risiko tetapi mendapat bayaran yang tidak setimpal maka perkara sebegini tidak boleh dibiarkan begitu sahaja,” katanya.  HARAKAHDAILY  19/1/2024



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo