NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Solidariti Palestin: Pas Pahang kutip RM369, 000 dalam masa dua bulan

Majlis penyerahan replika cek dari Pas Pahang kepada Pas Relief yang diwakili oleh Tuan Ibrahim Tuan Man di Kuantan semalam.


KUANTAN – Solidairiti bersama rakyat Palestin tetap menjadi keutamaan kepada rakyat Malaysia.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Panching, Tarmizi Yahya bekata, lebih RM369, 000 berjaya dikutip dalam kalangan ahli Pas dan rakyat Pahang dalam tempoh dua bulan bagi membantu rakyat di negara bergolak itu.

Menurutnya, majlis penyerahan telah berlangsung selepas Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang ke-15 di Wisma Sri Pahang semalam.

”Pas Pahang telah melancarkan derma untuk membantu rakyat Palestin dari awal Oktober sehingga penghujung November 2023. Alhamdulillah, sepanjang dua bulan ia dilancarkan, sebanyak RM369,632 berjaya dikumpulkan.

”Sempena sidang DUN Pahang, satu majlis penyerahan mock cheq dari Pas Pahang kepada Pas Relief yang diwakili oleh timbalan presiden, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man,”  katanya ketika dihubungi hari ini.

Terdahulu, pada Oktober lalu, Pas Relief menyasarkan mengutip lebih RM23 juta bagi mengisi tabung membantu rakyat Palestin.

Ini susulan kenyataan pengerusinya, Yusni Mat Piah
yang memaklumkan kejayaan mengumpul dana sebanyak RM23 juta pada 2021. – MalaysiaGazette





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo